Ketahui Sebab Bengkak Dan Kebas Semasa Mengandung
- Friday, January 23, 2015
- By efie muhamad
- 0 Comments
Biasanya berlaku bila kandungan dah memasuki trimester ke 3.
Kita mula menyedari bengkak pada kaki dan tangan ini apabila tetiba sandal / selipar yang biasa kita pakai mulai menjadi ketat. Ataupun, cincin yang biasa berada pada jari kita, juga tiba-tiba menjadi sangat ketat.
Kita mula menyedari bengkak pada kaki dan tangan ini apabila tetiba sandal / selipar yang biasa kita pakai mulai menjadi ketat. Ataupun, cincin yang biasa berada pada jari kita, juga tiba-tiba menjadi sangat ketat.
Bagaimana Ini Boleh Berlaku?
Keadaan ini dipanggil sebagai 'water retention'. Pada masa ini, bengkak pada kaki menjadi lebih ketara terutama pada waktu petang selepas pulang dari kerja. Jari tangan yang membengkak, sehingga menyebabkan ada ibu-ibu yang berasa sukar walaupun sekadar untuk memegang berus gigi pada waktu pagi.
'Water retention' ini, maksudnya penyerapan air berlebihan ke dalam sel-sel badan. Jangan risau kerana ini merupakan fenomena biasa semasa hamil, dan semua gejala ini akan berakhir selepas kelahiran.
Kebas Pada Tangan
Kita juga sering merasa kebas-kebas pada jari-jemari. Ini berlaku, terutamanya sewaktu baru bangun dari tidur. Ada kalanya, hingga menyebabkan jari jemari tidak dapat dibuka, dan amat merisaukan para ibu hamil. Walaubagaimanapun, keadaan ini biasanya semakin beransur pulih menjelang petang. Keadaan ini dipanggil Sindrom Carpal Tunnel.
Carpal Tunnel Syndrome ini berlaku kerana pada bahagian sendi di pergelangan tangan, terdapat satu terowong di mana letaknya saluran darah serta saluran saraf yang memberikan deria rasa pada kawasan tangan. Apabila berlaku bengkak air (water retention) tadi, kawasan ini akan menyempit dan saraf median pada bahagian tangan akan tertekan sehingga menyebabkan kekebasan pada kawasan tangan.
Gejala ini bagaimanapun, turut akan hilang selepas bersalin berikutan surutnya bengkak akibat serapan air dalam sel-sel tubuh. Namun, terdapat juga sebilangan kes di mana kekebasan ini sangat teruk, maka pembedahan kecil dilakukan pada bahagian sendi pergelangan tangan.
Tips Mengurangkan Bengkak
Pada waktu pagi, gantungkan tangan ke atas, supaya berada di atas daripada kepala. Ini akan menyebabkan air turun ke bawah, mengikut prinsip graviti. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan bengkak pada pergelangan tangan, dan akan mengurangkan tekanan pada saraf.
Juga, jom saksikan perkongsian hebat pengamal Set Bersalin Shaklee
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?
Atau boleh je hubungi saya, pengedar Shaklee bertauliah anda...
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?
Ibu-ibu hamil yang nak dapatkan vitamin...
Atau boleh je hubungi saya, pengedar Shaklee bertauliah anda...
0 comments