Risiko Pecah Ketuban Sebelum Masanya

  • Friday, January 23, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Bayi didalam kandungan dikelilingi air ketuban, di dalam lapisan amnion yang nipis tetapi kuat. Lapisan ini akan melindungi bayi dari sebarang gegaran, hentakan dari luar dan juga sebagai medium perkumuhan. Apabila tiba masa untuk bersalin, lapisan ini akan pecah dan air ketuban akan mengalir keluar. Ini dinamakan SROM (Spontaneous Rupture Of Membrane)

Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, lapisan amnion ini pecah dengan sendiri dan mengalirkan air ketuban sebelum masanya (sebelum tiba waktu bersalin). Kita mungkin terasa ada air yang mengalir ke kaki, ataupun  terdapat tompokan air di tempat tidur.Warna air ketuban biasanya jernih dan tidak berbau, beza dengan air kencing.

risiko pecah ketuban


Risiko Pecah Ketuban Awal



Masalah paling utama yang mungkin berlaku adalah berlakunya jangkitan kuman/bakteria yang naik ke atas melalui vagina. Jika tidak berlaku kebocoran, lapisan amnion akan mengawal bayi daripada berlakunya jangkitan kuman. Akan tetapi, bila berlakunya kebocoran ini, maka terdapatnya hubungan antara bayi dengan kuman yang terdapat pada vagina.

Masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya kandungan berusia kurang daripada 34 minggu. Sekiranya ini berlaku, doktor mungkin akan mencadangkan supaya ibu-ibu ini akan diwadkan, untuk pengawasan yang lebih teliti. Sekiranya terdapat tanda-tanda yang menunjukkan jangkitan kuman telah berlaku, bayi dalam kandungan akan terdedah kepada bahaya dan mungkin terpaksa dilahirkan walaupun belum matang.

Apa Yang Perlu Dilakukan

 

 Segera ke hospital. Doktor akan membuat pemeriksaaan samada air yang keluar tesebut adalah air ketuban ataupun bukan. Selalunya, apabila lubang yang terbentuk pada lapisan amnion adalah kecil sahaja, maka lapisan itu akan menutup semula lubang berkenaan dan air ketuban tidak akan keluar lagi. Ramai yang dapat meneruskan semula kehamilan sehingga bayi mencapai umur matang. Jangan bimbang!

Sekiranya kebocoran yang berlaku adalah besar, dan jika usia kehamilan sudahpun mencapai 37 minggu, doktor akan membuat keputusan samada untuk terus menunggu 12 jam lagi (biasanya proses kelahiran bermula 24 jam selepas pecah ketuban) ataupun memberi ubat induksi bagi mempercepatkan proses kelahiran. 




Lagi lama proses menunggu, lebih tinggi risiko untuk bayi terkena jangkitan kuman (chorioamnionitis).
Jika kehamilan belumpun mencapai 37 minggu, dan proses kelahiran belumpun bermula, doktor akan cuba menghalang proses kelahiran daripada berlaku, dan memastikan bayi yang berada dalam rahim selamat. Jika keadaan bayi telah disahkan selamat, maka berkemungkinan besar ibu akan dibenarkan pulang ke rumah, dan akan diminta untuk datang kemudian untuk rawatan susulan.

Juga, jom kita tengok perkongsian hebat dari pengamal Set Bersalin Shaklee..



Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?


Ibu-ibu hamil yang nak dapatkan vitamin...






  Boleh isi borang ni..
Atau boleh je hubungi saya, pengedar Shaklee bertauliah anda...


❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707


You Might Also Like

0 comments