Ketahui Cara Kurangkan Risiko Kanser di Kalangan Ibu-ibu
- Sunday, April 20, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Perkataan 'kanser' sudah cukup untuk menakutkan seseorang. Apa yang membimbangkan, penyakit ini juga semakin berkembang menjadi masalah kesihatan di Malaysia. Kini, kanser merupakan pembunuh kedua terbesar di negara in i selepas kemalangan jalan raya. Menakutkan, kan?
Namun, ada berita baiknya buat ibu-ibu yang menyusu badan!
Namun, ada berita baiknya buat ibu-ibu yang menyusu badan!
Penyusuan ibu bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kanser di kalangan ibu-ibu, malah mampu melindungi kesihatan mereka dalam banyak cara. Setiap ibu perlu menyusui sendiri bayinya, kerana pelbagai kebaikan yang bakal diperolehi...
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Dalam satu kajian ke atas kes di bawah kawalan di hospital di Athens (1989-1991) membabitkan 820 pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara, mereka yang melanjutkan tempoh penyusuan (selama 24 bulan atau lebih) didapati mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita yang akan mengalami putus haid.
Mengurangkan Risiko Kanser Endometrium
Dalam satu kajian bersama WHO ke atas data yang dikumpulkan dari enam negara selama 10 tahun seperti yang dilaporkan International Journal of Epidemiology (Jun 1995), penyusuan yang lama merendahkan risiko kanser endometrium. Risiko terendah ditemui di kalangan wanita yang baru sahaja menyusui bayi mereka.
Membantu Melangsingkan Badan
Penyusuan ibu memerlukan purata 500 kalori tambahan sehari. Ibu-ibu yang menyusui bayi sepenuh masa atau sebahagian saja, jelas menunjukkan kadar lebih besar pengecilan lilitan paha. Mereka juga kurang lebih berat daripada keadaan sebelum hamil dalam tempoh sebulan selepas bersalin berbanding ibu-ibu yang memberikan susu tepung kepada bayi mereka.
Membantu Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Penyusuan membolehkan kita kembali ke bentu tubuh asal dengan lebih cepat kerana proses penyusuan menyebabkan rahim (yang membesar kira-kira 20 kali ganda saiz normal sepanjang tempoh kehamilan) lebih cepat mengecut dan kembali ke saiz sebelum hamil. Sebaliknya rahim wanita yang tidak pernah menyusukan bayi tidak akan mengecut kemabali seperti keadaan asalnya. Ia akan sentiasa agak besar.
Membantu Mencegah Pendarahan Postpartum
Amalan menyusukan bayi menyebabkan ibu merembeskan hormon oksitosin yang merangsang pengecutan dan membantu mengecutkan rahim kembali ke saiz normal sambil mengeluarkan uri. Pengecutan ini juga menutup pembuluh darah ibu yang dahulunya menyalurkan makanan kepada bayi dan mencegah pendarahan berlebihan.
Menurunkan Keperluan Insulin Ibu Yang Merupakan Penghidap Kencing Manis
Menurunkan Keperluan Insulin Ibu Yang Merupakan Penghidap Kencing Manis
Dalam satu kajian ke atas 17 orang penghidap kencing manis yang bergantung kepada insulin, 6 daripadanya mempunyai penurunan purata dos insulin sebanyak 33%. 7 orang ibu mengalami penurunan 13% dan hanya 4 orang ibu yang perlu mendapatkan insulin tambahan ketika menyusui bayi.
Mencegah Kehamilan Secara Semulajadi
Ini benar jika anda menyusui bayi dan masih belum didatangi haid selepas bersalin. Penyusuan pada sebelah malam menggalakkan keadaan tidak datang haid atau dikenali sebagai amenorhea. Namun, hakikatnya kita sukar untuk mengetahui bila ovulasi pertama selepas bersalin. Sebaik sahaja menyedarinya, kita mungkin sudah hamil lagi. Hehehe... Bagaimanapun, pada amnya penyusuan ibu boleh menjarakkan kehamilan.
Melindungi Ibu Daripada Anemia (kekurangan zat besi)
Memandangkan ramai ibu menyusu bebas haid dalam tempoh yang lama, maka simpanan zat besi tidak akan berkurang.
Menambah Keyakinan Diri
Menambah Keyakinan Diri
Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat bayi kita sihat dan montel, dan kita tahu bayi telah mendapat khasiat secukupnya dari diri kita sendiri.
Cadangan Set Penyusuan Shaklee
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin
C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
*
Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation ***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
**setiap set di atas adalah untuk memenuhi KEPERLUAN
FISIOLOGI DALAMAN sahaja. Puan2 harus mengikuti konsep penyusuan
(supply-demand) untuk penghasilan susu badan yang banyak dan mencukupi untuk di
manja, dengan sokongan set-set kami.
**kami tidak menjamin keberkesanannya sekiranya Puan tidak
mengepam susu badan mengikut jadual.
Ingin mencuba Set Menyusu Shaklee???
Boleh call saya sekarang!!
iR Efie Muhamad
iR Efie Muhamad
ID Shaklee: 869620
019-9890707
0 comments