Apa Perkara Penting Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Hamil?
- Sunday, September 14, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Sesetengah makanan, mu ngkin membawa risiko kepada kehamilan. Mungkin risikonya terlalu kecil, dan kadang kala tidak meninggalkan kesan kepada kita ataupun bayi kita jika kita termakannya. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kita lebih prihatin, dan tidak mengambil makanan berisiko tersebut.
Makanan Yang Perlu Dielak Semasa Hamil
Daging Mentah
Sekiranya kita ingin makan daging, pastikan ia benar-benar masak. Daging yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna mungkin mengandungi kuman yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi seperti buta atau cacat otak. Termasuk juga sushi (menggunakan ikan mentah), juga telur separuh masak. Elakkan selagi boleh.
Makanan 'Tajam'
Ramai ibu yang bertanya, samada boleh atau tidak memakan makanan 'tajam' seperti nanas, rebung dan tapai. Jawapannya adalah, jika diambil dalam jumlah ya ng sedikit adalah selamat dan berkhasiat. Masalah cuma akan timbul sekiranya pengambilan dalam kuantiti yang terlalu banyak. Misalnya makan nanas berbiji-biji dalam satu masa. Namun, kebiasaannya ibu-ibu cuma mahu merasa dalam sepotong dua, sekadar melepaskan rasa teringin.
Namun, bagi yang tetap tak berani, maka disarankan untuk tidak mengambil risiko. Tahanlah keinginan tu sehingga lepas bersalin ya.. heheh.. (alhamdulillah, perut saya jenis tak lokek.. boleh je makan apapun sepanjang ketiga-tiga kehamilan (✿◠‿◠))
Makanan Yang Diproses
Elakkan makan makanan mudah guna yan g telah diproses, contohnya makanan dalam tin. Makanan yang diproses biasanya ditambah dengan gula dan garam yang banyak, dan mungkin mengandungi banyak lemak, bahan pengawet, perisa dan pewarna. Baca label dengan berhati-hati sebelum membuat pembelian, dan pilih barangan yang bebas daripada bahan tambahan.
Makanan Masak Sejuk Beku
Elakkan makanan panas yang dihidangkan di kantin serta makanan pasar raya yang pra-masak, dan ayam sedia-untuk-dimakan kecuali dihidangkan dalam keadaan sangat panas. Makanan ini mungkin mengandungi bakteria yang boleh berjangkit kepada bayi dan membahayakan.
Alkohol
Pastilah tak sesuai untuk ibu hamil, sedangkan semasa tidak hamil pun minuman ini membahayakan dan langsung tidak memberi khasiat, kan? Muslim memang ditegah untuk mengambil minuman yang memudaratkan ini.
Kopi dan Teh
Kafein, iaitu sejenis bahan yang terdapat dalam semua minuman ini memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein tidak lebih daripada 3 cawan sehari, dan jika boleh hentikanlah minuman ini. Sebaiknya, minumlah air mineral dengan banyak.
Apa Lagi Yang Perlu Dielak?
Kucing!
Ibu-ibu mengandung juga tidak digalakkan memegang kucing, terutamanya kucing liar. Najis kucing boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Cuci tangan sehingga bersih sebelum menyentuh makanan. Juga pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran dicuci dahulu sebelum dimakan.
Suplemen Shaklee Semasa Hamil
Semasa hamil, sangat penting untuk kita mendapatkan nutrisi secukupnya. Protein, kalsium, vitamin C, fiber, asid folik dan ferum sangat diperlukan dalam proses pembesaran janin.
Di Shaklee, kami menyarankan untuk ibu-ibu hamil mengambil B-Complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix dan OmegaGuard bagi membantu proses kehamilan berjalan lancar.
Nak dapatkan vitamin untuk kehamilan anda?
Atau, boleh hubungi saya di sini..
0 comments