Bahayakah Keputihan Semasa Hamil?

  • Sunday, September 28, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kebanyakan ibu mula mendapati mereka mula mengalami keputihan sejak mula-mula mengandung, walaupun sebelum ini masalah tersebut tidak pernah berlaku. 

Keputihan ini biasanya berwarna putih kekuningan dan pekat seperti dadih. Ianya biasanya menyebabkan kegatalan pada bahagian vagina dan adakalanya mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Hampir semua keputihan yang berlaku ketika mengandung adalah disebabkan organism yis yang diberi nama candida. Ia sering berlaku ketika mengandung kerana perubahan yang berlaku disekitar vagina. Kawasan vagina yang menjadi lebih panas dan lembap menggalakkan lagi pertumbuhan organism ini.

Rawatan



Biasanya doktor akan member ubat Pesari iaitu ubat yang dimasukkanke dalam vagina. Ubat ini mungkin akan diberi sekali, 3 kali atau selama seminggu. Kebiasaannya, tiada ubat makan yang akan diberikan.

Tips Untuk Mengurangkan Keputihan


  • Pakai seluar dalam yang longgar daripada kain kapas
  • Memakai panty liner yang membuat kita lebih selesa dan ia juga senang diganti
  • Elakkan memakai jeans atau seluar yang agak ketat. Kain labuh atau gaun lebih sesuai pada ketika ini.

Jangan risau…

Sekiranya keputihan yang dialami adalah jernih, tidak berbau dan tidak gatal, maka kita tidak perlu risau. Tidak perlu mengambil ubat kerana ia adalah perubahan fisiologi sahaja.

Namun…

Ada sejenis organism yang disebut streptococcus group B yang boleh menjangkiti vagina. Oganisma ini boleh menjangkiti paru-paru bayi ketika bayi melalui vagina semasa kelahiran.

Jangkitan ini boleh menyebabkan congenital pneumonia kepada bayi dan boleh memudaratkan bayi. Organisma ini dapat dikesan dengan mengambil specimen daripada vagina dan menghantarnya ke makmal.

Suplemen Shaklee Dapat Membantu..

 

Garlic sebagai antibiotik semulajadi.....

Dapat membantu mengurangkan  keputihan semasa hamil, tanpa risau kesan sampingan terhadap ibu dan bayi...

Sebotol Garlic Complex ada 60 tablet..
Harga RM47.50..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5497d34aeeed8c74dc8146b00c1ed489

Atau boleh hubungi saya di sini untuk tempahan.. 




You Might Also Like

0 comments