Senarai Semak Barang Keperluan Bayi Sebelum Bersalin
- Sunday, September 14, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Bakal ibu bapa baru, pasti teruja untuk menyediakan kelengkapan awal untuk bayi. Ada yang sejak awal-awal kehamilan lagi, dahpun menyediakan kelengkapan bayi dengan secukupnya. Namun ada juga yang menunggu sehingga detik-detik akhir, barulah mula membeli keperluan bayi. Mungkin kerana mengikut kepercayaan orang-orang tua, kelengkapan bayi seeloknya tidak disediakan dalam tempoh terlalu awal. Wallahualam.
Apapun, yang pasti masing-masing bakal ibu bapa pasti tertanya-tanya apa yang perlu dibeli bagi menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga, terutama bagi yang bakal menjadi ibu bapa buat pertama kali.
Jom kita cek satu persatu..
Apa Yang Perlu Disediakan?
Ya, pakaian ~~> pastinya kan..
Tapi, pakaian macamana yang harus kita beli? Ada aturannya jugak... heheheh...
Tapi, pakaian macamana yang harus kita beli? Ada aturannya jugak... heheheh...
Bayi tidak dapat mengawal suhu badannya sendiri, oleh itu kita perlu pakaikannya pakaian supaya dia tidak kesejukan, namun janganlah sampai kepanasan pula. Oleh kerana suhu negara kita panas, memadailah dengan mengenakan hanya baju dan seluar, serta sarung tangan dan sarung kaki pada bayi.
Belilah pakaian yang ringkas dan yang menyerap peluh. Jangan kerana terlalu hendak berfesyen, kita membelikan bayi kita pakaian yang berambu-rambu, berenda-renda, bertali-tali sehingga apabila bayi bergerak, semuanya akan tersangkut dan boleh menjerutnya.
Bayi yang baru lahir juga tidak perlu untuk dibelikan kasut kerana ia mungkin akan mencederakan jari kaki bayi yang masih lembut. Cukuplah sekadar sarung kaki yang mempunyai ruang untuk jari kakinya.
Tidak perlu untuk membeli terlalu banyak pakaian bayi kerana bayi sangat cepat membesar. Pakaian 'newborn' , mungkin boleh dipakai sebulan sahaja. Lagipun, kita mungkin akan mendapat banyak hadiah pakaian bayi daripada keluarga ataupun kenalan. Jadi, tidak perlulah membazir (>‿◠)✌
Jadi, Apa Lagi Yang Patut Dibeli?
Senarai Semak...
✓ Baju - 6 helai
✓ Seluar panjang - 6 helai
✓ All in one suit - 3 helai
✓ Sarung tangan - 3 pasang
✓ Sarung kaki - 3 pasang
✓ Tuala mandi - 2 helai
✓ Kain bedung - 3 helai
✓ Barut - 3 helai
✓ Lampin pakai buang
✓ Lampin - 1 dozen
✓ Nappy liner - sekotak (kadang-kadang bayi akan tercirit sedikit - meletakkan nappy liner pada lampin dapat menjimatkan penggunaan lampin)
✓ Tikar getah - 1 helai (untuk mengalas bayi semasa menukar lampin)
✓ Set kelengkapan tilam bayi
Set Kelengkapan Bayi (sumber google) |
Barangan Lain Yang Perlu Dibeli
✓ Barang Mandian Bayi - besen mandi bayi, sabun bayi dan syampu bayi
✓ Losyen dan Minyak Bayi - kulit bayi yang baru lahir akan menggelupas. Oleh itu kita digalakkan untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada kulitnya.
✓ Krim lampin atau nappy rash cream - disapu pada kawasan kemaluan untuk mengelakkan ruam lampin.
✓ Set Bersalin Shaklee - terbaik, untuk kesegaran semasa berpantang, dan elakkan sembelit!
Jom saksikan video ni..
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?
✓ Set Bersalin Shaklee - terbaik, untuk kesegaran semasa berpantang, dan elakkan sembelit!
Jom saksikan video ni..
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?
Juga, suka ingin saya sarankan, kami para Shaklee Independent Distributor, biasa menggunakan Basic H dan Hebal Blend Multipurpose Cream bagi tujuan ini. Produk Shaklee yang tidak mengandungi apa-apa bahan kimia berbahaya, membuatkan kami rasa selamat untuk menggunakannya, termasuk kepada bayi.
Herbal Blend & Basic H |
Moga perkongsian ini dapat membantu para bakal ibu bapa dalam menyenaraikan keperluan untuk anak yang bakal lahir.. Ingat saenang ke nak shopping? Bukan senang kan... heheh....
Oh ya, sekiranya kalian berminat untuk dapatkan Herbal Blend dan Basic H ni, boleh dapat kan di sini..
Atau, kalo yang duduk area Kota Bharu boleh je hubungi saya untuk saya hantar ke depan pintu rumah anda (yang jauh saya poslaju lah ya ;-))
0 comments