Cara Mudah Tingkatkan Hemoglobin Semasa Hamil
- Tuesday, September 16, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Setiap kali buat 'check-up’ kat klinik, biasanya kita
diambil sedikit darah pada hujung jari untuk tujuan memeriksa kandungan hemoglobin (HB) dalam badan kita. Kandungan hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan
anemia. Ibu yang mengalami anemia akan cepat berasa letih dan dalam keadaan
yang lebih serius, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Jangan ambil ringan
ya para ibu…
Kandungan hemoglobin di antara 8-10g/dl dikira sebagai
anemia sederhana teruk dan ibu digalakkan mengambil zat besi untuk menambah
jumlah hemoglobin di dalam darah.
Mengapa Zat Besi Penting?
Zat besi adalah antara keperluan yang meningkat semasa mengandung. Zat besi digunakan oleh tubuh badan untuk membentuk hemoglobin. Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen
kepada sel-sel di dalam tubuh badan. Ia boleh dianalogikan seperti lori pembawa
bahan api untuk keperluan metabolism tubuh.
Semasa mengandung, disebabkan isipadu plasma meningkat
sebanyak 40%, jumlah hemoglobin akan mengalami ‘pencairan’ atau menjadi kurang.
Oleh itu ibu-ibu akan mendapati kandungan hemoglobin di dalam tubuhnya kurang
sedikit daripada waktu sebelum mengandung.
Sewaktu mengandung juga, kawasan yang perlu di 'cover’ oleh
hemoglobin menjadi bertambah besar. Peningkatan ‘permintaan’ daripada bayi yang sedang sibuk membentuk
dirinya juga menjadikan tugas hemoglobin lebih mencabar.
Di Malaysia, anemia atau kekurangan darah merah yang
mengandungi hemoglobin merupakan satu
permasalahan yang masih popular. Ibu yang mempunyai kadar hemoglobin rendah
akan cepat terasa penat dan lelah.
Kebiasaannya bayi tidak terjejas kecuali sekiranya kadar hemoglobin terlalu
rendah.
Apakah Sumber Zat Besi?
Zat besi kebanyakannya terdapat di dalam makanan seperti
daging, ayam dan ikan. Sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli juga
mengandungi zat besi yang tinggi. Daging adalah sumber zat besi yang utama.
Hati dan limpa juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi, akan tetapi
pengambilan hati semasa mengandung harus dihadkan kerana terdapat kebimbangan
kadar Vitamin A yang tinggi di dalam
hati boleh membawa kepada kesan toksik kepada bayi.
Perhatian: Orang Islam tak boleh makan 'pork' ya.. Gambar ihsan Encik Google ;-) |
Doktor biasanya akan memberi suplemen zat besi kepada
ibu-ibu mengandung. Walau bagaimanapun, terdapat ibu-ibu yang membuang zat besi
yang diberikan dengan alasan ia akan menyebabkan bayi menjadi besar. Ini
adalah anggapan yang salah dan merugikan.
Zat besi akan diserap oleh tubuh dengan lebih baik jika
diambil bersama Vitamin C kerana Vitamin C boleh membantu penyerapan zat besi.
Juga, banyak buah tropika yang mengandungi zat besi dan
Vitamin C yang tinggi di dalamnya. Contohnya kandungan zat besi di dalam 100gm ciku adalah 10 kali ganda
lebih banyak daripada kandun gan zat besi di dalam 100gm epal. Ia juga tinggi
Vitamin C yang memudahkan penyerapan zat besi. Buah-buahan seperti buah naga
dan longan juga mempunyai zat besi.
Zat Besi Didalam Suplemen Shaklee
Zat besi terdapat dalam Vitalea Shaklee (multivitamin). Setiap
tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan
buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh FDA. Ia
diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
Untuk ibu-ibu hamil, kami sarankan untuk mengambil 2-3 tablet setiap hari. Insya Allah, dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin anda dalam masa yang singkat.
Semoga dapat membantu, dan doa saya semoga proses kehamilan puan akan berjalan lancar tanpa masalah dan melahirkan anak-anak comel penyejuk mata anugerah terindah buat saham kita di Akhirat nanti, insya Allah.
Ingin dapatkan Vitalea untuk membantu tingkatkan kadar hemoglobin?
Sebotol RM88.75 (120 tablet)
Atau boleh hubungi saya di...
0 comments