Himpunan Testimoni Herbal Blend Krim Pelbagai Guna
- Sunday, September 21, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Ramai ibu bapa, yang anak mereka mengalami masalah kulit
seperti kering, ruam, gatal-gatal dan ekzema. Kadangkala, kulit yang terlampau
kering ini, bila digaru akan boleh menyebabkan sehingga luka dan berdarah, serta
boleh menyebabkan jangkitan.
Ekzema |
Anak saya juga tidak terkecuali, terutama Ajlaa’. Ammar bila
dah besar ni nampak macam dah ok dh kulitnya. Ajlaa’ memang kesian.
Asyik
tergaru- garu sana sini, terutamanya bila nak tidur. Kuku dia pulak keras dan
tajam, so memang berpotensi untuk melukakan kulit. Boleh baca kat sini, artikel yang saya tulis 2 tahun lepas, ketika Ajlaa' tengah alami ekzema yang sangat teruk (masa tu umur dia baru setahun). Dari berambut yang sangat lebat, habis gugur sampai boleh nampak kulit kepala.. Kesian anak saya...Nampak kan kulit kepala ajlaa'.. habis gugur rambut.. nasib baik sekarang dah ok ;-) |
Biasanya, eczema ni dikaitkan dengan penyakit keturunan.
Bila ibu bapanya mempunyai masalah asthma @ resdung @ eczema, maka anak-anak
akan berpotensi untuk mendapat eczema. Suami saya sememangnya merupakan
penghidap asthma, juga resdung dan eczema itu sendiri , maka tidak hairanlah
bila Ajlaa’ turut mewarisi. Kata orang, anak perempuan itu lebih mewarisi
genetic bapanya. Wallahualam.
Apa Ikhtiar Kami?
Salah satu yang kami ikhtiarkan adalah dengan Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee. Alhamdulillah, menampakkan kesan yang positif. Walaupun bukanlah boleh nampak kesan secepat macam sapu ubat klinik (ye la krim klinik kan ada steroid), tapi yang penting ada perubahan dan paling penting krim ni SELAMAT TANPA BAHAN-BAHAN KIMIA YANG BERBAHAYA.
Itu yang kami utamakan.
Dan rupanya, bukan kami saja yang berpuas hati. Ramai lagi yang turut berpuas hati dengan krim ni. Jom kita baca perkongsian dari rakan-rakan saya yang lain.
Best kan baca perkongsian-perkongsian dari diorang ni..
Kalian, kalau ada masalah sebegini, pun boleh cuba jugak..
Tak mahal pun Herbal Blend ni, RM27.50 je 1 tiub tu.. Lama boleh pakai..
Boleh klik sini untuk order..
Atau boleh je hubungi saya di sini.. Nanti saya pos guna poslaju..
0 comments