Cara Elak Kejang Kaki Semasa Hamil

  • Wednesday, September 10, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sesiapa yang pernah hamil, pasti pernah alami keadaan ni.

KEJANG KAKI / CRAMP!!!

Sakit kan? Sakit sangat rasanya.. Sampai esok siang pun, masih lagi terasa sakitnya.

Pengalaman mengandung Ammar dan Ajlaa' dulu pun sama,
sakit sangat bila kena. Masa Ajlaa' lagi la, time sarat tu suami tiada di sisi, time tu jugakla kerap kena kejang kaki ni. Kalau suami ada, bolehlah dia tolong urut-urutkan kan? Lega la sikit.. Bila takde, memang sengsaralah sorang-sorang. Rasa sakit tu menjalar sampai ke atas, sampai ke perut. Huishhh, memang sakitlah! Sampai esok pun  masih lagi sakit. Memang terbayang-bayang lagi sampai sekarang.

leg cramp during pregnancy

Rupa-rupanya, kekejangan kaki semasa hamil ni antara sebabnya adalah kekurangan kalsium dalam tubuh. Patutlah, saya ni memang jenis yang tak minum susu pun (susu dalam teh tarik tak kira ya heheheh), suplemen-suplemen masa tu pun tak kenal lagi. Makanan-makanan yang tinggi kalsium seperti ikan salmon, ikan bilis pun kurang makan. Patutlah kerap kena kejang kaki ni.

Selain itu, terlalu lama berdiri atau berjalan pada waktu siang pun turut menyumbang kepada kekejangan kaki. Terus terbayang pekerjaan-pekerjaan yang banyak kena berdiri dan berjalan macam nurse, doktor, cikgu semua tu.. Kesian kan kat diorang.. Berkorban untuk kita semua.. huhuhu...


Tips Kurangkan Kejang Kaki


❤ Pada waktu pagi, bila nak bangun tidur tu elakkan menggeliat. Menggeliat boleh merangsang kekejangan.

❤ Petua untuk suami pulak, bila isteri alami kekejangan, bantu isteri dengan cara menolak tapak kaki isteri ke atas atau ke arah kepala. Ini boleh menghilangkan kekejangan dengan segera.

❤ Ambillah kalsium secara berterusan


Keperluan Kalsium Bagi Ibu Hamil


Ibu hamil memerlukan 1200mg kalsium setiap hari.

Kalsium penting untuk pembentukan tulang bayi, juga penting untuk memelihara tulang dan gigi ibu.

Sumber makanan yang mengandungi kalsium selain susu adalah ikan bertulang lembut seperti sardin, tuna, ikan bilis, tauhu serta kekacang.

Pengambilan kalsium juga dapat mengurangkan kaki kejang yang sering dialami ibu-ibu hamil.


sumber kalsium

Ostematrix Shaklee ~ Sumber Kalsium Yang Lengkap!



5 tablet OSTEMATRIX setiap hari, dapat memenuhi keperluan harian ibu hamil.

Nak dapatkan Ostematrix untuk keperluan anda?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b50aefa43e5793f3bf645fc35f4ba895

Atau, boleh hubungi saya di sini..



You Might Also Like

0 comments