Hati-hati Dengan Pendarahan Semasa Trimester 2 & 3

  • Wednesday, September 17, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Pendarahan semasa hamil pasti menimbulkan perasaan bimbang bagi bakal ibu yang mengalaminya.  Bimbang ianya akan menjejaskan keselamatan janin dalam kandungan. Namun, biasanya yang sering kita dengar adalah pendarahan semasa awal kehamilan, iaitu trimester 1. Namun, sebenarnya terdapat juga pendarahan yang berlaku pada trimester 2 & 3.

Terdapat beberapa punca
yang menyebabkan pendarahan berlaku kepada wanita hamil semasa kehamilan mencecah trimester kedua dan ketiga. Antara faktor itu adalah:

Uri Di Bawah (placenta previa)


      
      Kedudukan uri yang menghalang laluan kelahiran. Sekitar 70 peratus wanita hamil mengalami pendarahan dari vagina tanpa disertakan rasa sakit atau pedih. Manakala 20 peratus lagi mengakui mengalami kekejangan pada bahagian perut dan selebihnya mengalaminya secara tiba-tiba tanpa disertakan tanda pendarahan.

Rahim Terkoyak


    Tanda yang dialami oleh wanita hamil adalah pedih perut yang berterusan, pendarahan pada vagina sedikit demi sedikit dan diikuti dengan pendarahan yang besar. Rata-rata berlaku pada bekas luka pembedahan.

Tanda Berlakunya Kelahiran Pramatang


   Biasanya pendarahan yang berlaku adalah beberapa minggu sebelum hari kelahiran yang ditetapkan oleh doktor. Tandanya boleh dilihat menerusi kesan darah yang keluar dengan lendir pekat.

Jangkitan Kuman


  Jangkitan kuman pada saluran air kencing juga boleh menyebabkan pendarahan berlaku dengan keluarnya  darah berwarna merah muda. Biasanya diikuti dengan tanda gatal-gatal di kawasan tersebut.

Pelebaran Pembuluh Darah


 Pelebaran pembuluh darah di vagina yang terpecah boleh juga terjadi. Ia ditandai dengan gelaja pendarahan.

Kaedah Pencegahan


Sehingga hari ini, belum ada lagi kaedah yang berkesan dan efektif untuk mencegah pendarahan. Bagaimanapun, wanita hamil yan g mengalami pendarahan perlu mengambil langkah seperti berikut:

  • Bertenang dan tidak panik. Pastikan diri tidak terus tertekan dengan pendarahan yang dialami.
  • Berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi daripada bahu  
  •  Berehat sehingga pendarahan berkurangan
  • Berhenti dari melakukan aktiviti berat seperti mengangkat bebanan
  • Terus berjumpa doctor apabila darah keluar dengan begitu banyak agar segera dirawat
  • Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin bersama pasangan 
berehat
'Bedrest'


Yang penting, sentiasa dalami ilmu berkaitan kehamilan dengan banyakkan membaca. 
Dengan cara itu, bakal ibu boleh mengatasi masalah yang dihadapi dengan tenang.


Suplemen Shaklee Semasa Hamil



B-Complex: Mengandungi kesemua jenis Vitamin B, termasuk asid folik yang penting bagi pembentukan saraf bayi dalam kandungan. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan tiub neuron pada bayi.

Vitamin C: Membantu penghasilan kolagen untuk membina tulang rawan, otot-oto dan tulang fetus. Juga untuk meningkatkan imun bagi membantu melawan jangkitan penyakit.
 
Vitalea: Membantu meningkatkan hemoglobin yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam darah (ibu dan bayi). Kekurangan zat besi boleh meningkatkan risiko anemia, dan risiko kelahiran bayi pramatang.
 
Ostematrix: Untuk pembentukan tulang bayi, juga menjaga kesihatan tulang ibu. Juga dapat membantu melawaskan sembelit.

OmegaGuard:  EPA & DHA dapat memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi. Juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

Order Set Hamil di sini...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5b80518dfa5cc0966a11e1cd13e71721


Atau boleh hubungi saya di sini..





You Might Also Like

0 comments