Tempat Ber-Riadhah Di Kelantan

  • Monday, November 20, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments



Kat Kelantan ni macam terhad kan? Taman pun tak banyak.. Huhu sedih betul..

Tapi, tak bolehlah kita nak jadikan alasan kan. Nak seribu daya, taknak 1 dalih pun dah cukup. Hehehehe...

Ok, ni nak bagi cadangan 2 tempat untuk beriadhah di Kelantan.



Taman Tengku Anis


Taman ni terletak kira-kira 5km dari Bandar kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa. Taman ni agak ramai orang yang berkunjung. Ada banyak juga lah fasiliti yang disediakan. Antaranya:

✔ Playground untuk anak-anak bermain 
✔ Waterpark (sedikit bayaran dikenakan)
✔ Trek jogging
✔ Court main bola
✔ Stage
✔ Kandang rusa (seronok anak-anak tengok)








Cuma, bila di tempat awam macam ni, pastikanlah keselamatan anak kita betul-betul. Sebabnya orang memang ramai, dan fasiliti especially kat playground tu ada yang dah uzur, so memang kena extra careful.

Last saya pergi beberapa bulan lepas, keadaan macam tak berapa nak terjaga. Daun-daun kering banyak tak bersapu, dan menutupi trek jogging. Rumput pun agak panjang. Nyamuk pun banyak huhuhu... Sekarang ni ni tak tahu lah macamana keadaan dia, sebab dah lama tak pergi. Mungkin dah ok balik kot?

Cinta saya sudah beralih arah. Hahahaha..

Sekarang ni saya lebih suka ke Kompleks Belia Panji untuk jogging. Lokasi pun lebih dekat dengan rumah. Jimat minyak kereta hahahaha...



Kompleks Belia & Sukan Panji


Kompleks ni terletak di Panji, masih lagi dalam daerah Kota Bharu. Letaknya agak berdekatan dengan JPJ so tak susah lah kot nak cari tempat ni. 

Kompleks ni pun agak ramai orang, tak kira pagi mahupun petang. Samada hari cuti ataupun hari bekerja. Ada yang bekerja, tapi sempat je jogging dulu baru ke tempat kerja. Kagum betul saya.



Kat sini ada jugak dewan untuk ber-aerobik. Ada jugak team yang main bola. Setakat ni, saya belum join aerobik tu. Setakat jogging keliling trek je dengan anak-anak.

Dulu-dulu, ingatkan tempat ni tak dibuka kepada orang ramai. Ingatkan cuma terhad kepada mereka yang bekerja di Kompleks ataupun kakitangan kerajaan je. Baru je tau.. Sis memang jakun hihihi... Nampak sangat baru nak berjinak-jinak dentgan aktiviti macam ni kan..

Tapi takpe, kata orang kampung saya, better late than never. Kan? Hihihi..



Anak-anak saya pun seronok ke sini. Dengar je nak pergi jogging, dan-dan je boleh bangun awal. Heheheh.. 

Lagipun kat sini saya senang nak pantau anak-anak. Kalau kat Taman Tengku Anis tu diorang ni kejap nak main playground la, kejap nak mandi kolam la. Sudahnya, jogging tah ke mana. Huhuhu...

So, marilah kita membudayakan aktiviti harian kita ke arah yang lebih sihat.

Mari bersenam. 
At least seminggu 3 kali pun dah ok dah buat permulaan ni.
Kan?

Yang penting, mari kita mulakan langkah pertama.
Ok?

******************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments