Sejarah Shaklee: Asal Usul Yang Perlu Kita Tahu

  • Friday, November 24, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments






Hensem la pulak nampak mamat matsaleh ni kan.. hihi..
Rasa macam ala-ala Leonardo Dicaprio dalam cerita Titanic la pulak hahahaha..

Ok lah, sape2 yang tak kenal lagi, ni sebenarnya Dr Forrest C Shaklee iaitu pengasas Shaklee Corporation.. 

Sejarah Penubuhan Shaklee


Dr. Forrest C Shaklee dilahirkan pada bulan November 1894 di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Ibu dr Forrest C Shaklee juga telah menggunakan ilmu nutrien dan herba di mana kesihatan Dr Forrest semakin bertambah baik. Dalam usaha ini, Dr Shaklee telah menanam minat mendalam terhadap alam semulajadi.

Minat ini telah menggalakkan beliau mendalami ilmu kesihatan dan ilmu badan serta ilmu kiropraktor (ilmu yang masih baru ketika itu). Beliau juga telah memperkenalkan kaedah kesihatan holistik. Hasil penyelidikan, beliau mampu menstabilkan nutrien yang telah diextract dari sumber sayur-sayuran. 

Produk terulung beliau adalah Vitalized Minerals iaitu yang sekarang ni kita kenali sebagai Vitalea. Vitalea tercipta pada tahun 1915 (dah 101 tahun dah usia Vitalea ni). Reputasi Dr Shaklee makin terkenal dan merapatkan pehubungan dengan orang2 terkenal yang lain sezaman beliau - Thomas Edison, Henry Ford, Harvey Firestone.

Pada tahun 1940, Dr Shaklee bersara dari klinik perubatan beliau. Beliau menumpukan sepenuh masa sebagai pensyarah bidang nutrien, falsafah dan "Thoughmanship". Pada umur 60 tahun, beliau bersama 2 orang anak beliau, Forrest Jr dan Raleigh telah menubuhkan syarikat keluarga iaitu - SHAKLEE.

Menarik kan sejarah Shaklee ni..

Ada 1 perkara yang saya nak highlight dalam sejarah Shaklee ni.

Vitamin Shaklee dihasilkan terlebih dahulu berbanding syarikat Shaklee. Kalau zaman kita sekarang ni, tubuh syarikat dulu barulah fikir nak jual apa kan? Tapi berbeza dengan Shaklee - cipta vitamin dulu - dah puas hati dengan hasilnya - barulah tubuhkan syarikat untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Best kan?

Rasa bangga sangat, sebab saya tahu saya tengah amalkan vitamin yang tepat untuk kesihatan saya.

You Might Also Like

0 comments