Cara Memasukkan Logo / Watermark Ke Dalam Video

  • Thursday, February 22, 2018
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Menambahkan watermark / logo ke dalam video kita merupakan salah satu cara untuk kita mempromosikan diri kita (a part of branding). Selain untuk membuatkan orang lebih mengingati kita melalui logo-logo kita, dengan adanya watermark juga dapat melindungi  video kita daripada diciplak. Juga, dengan adanya watermark dalam video kita, maka video kita akan kelihatan lebih profesional. 

Saya pun baru je jugak tahu cara nak letak logo ke dalam video kita..
So, nak lah share dengan anda semua, kot-kot lah ada jugak yang tak tahu macam saya hari tu kan..

Sebenarnya, saya rekod video - edit video sepenuhnya dengan menggunakan handphone sahaja. Dan, setakat ini hanya menggunakan Apps yang free sahaja. Hehehehe...

Untuk kali ini, saya gunakan Apps Filmorago..
Boleh install kat Playstore apps ni..

Untuk step letak logo, saya tunjukkan secara bergambar, supaya lebih senang untuk difahami.

Cara Masukkan Logo / Watermark Ke Dalam Video



Ini lah logo yang dimaksudkan..

Dalam video ni, saya masukkan 2 logo (heheh punyalah tamak kan, semua nak letak ) ..

Oh ya, pastikan logo yang kita nak letak ni dah ada siap-siap dalam Gallery Phone ya.. 
Kalau takde logo lagi, macamana nak letak kan?


1. Saya guna Apps Filmorago.. 
Boleh install apps ni kat Playstore..

Suka jugaklah guna apps ni untuk edit video, selain Viva Video dan Video Show.


2. Plilih button Create New Video.


3. Pilih video yang kita nak edit, kemudian tekan ADD.


4. Langkah ke 4, tekan NEXT.


5. Kemudian, kat sidebar tepi tu, kita scroll down sampai jumpa butang EDIT TOOLS. 
Pilih butang ni..


6. Klik butang PIP.


7. Akan muncul butang +.
Klik butang ni.


8. Akan keluar paparan gambar yang ada dalam gallery phone kita. 
Pilih logo yang kita nak letak. 
Dalam gallery saya, logo ada dalam folder Download.


9. Pilihlah logo idaman hati.


10. Letakkan kat mana-mana yang bersesuaian. 
Boleh edit saiz logo jugak.


11. Bila dah siap, klik butang OKAY.


12. Last sekali, tekan SAVE. 
Siap!
Moga dapat membantu 



*************************

Nak order Shaklee?



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)











You Might Also Like

0 comments