Resepi Puding Roti Bersos Kastad Sedap

  • Saturday, January 27, 2018
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Anak saya yang sulung, Ammar Qayyum suka sangat makan puding roti. Tapi biasanya, saya tak buat pun sos kastad puding tu. Makan plain gitu je. Hari ni dia request nak makan puding roti bersos kastad. Layan je lah kan.. Lagipun, sebab senang je so tak payah nak fikir panjang.. Kalau yang leceh tu, fikir panjang jugaklah nak buat.. Hahahaha..

Ok, kalau korang teringin nak makan puding roti ni, bolehlah cuba resepi ni tau..


Resepi Puding Roti Bersos Kastad


Bahan A:
Sebungkus roti (saya guna Gardenia Pek Jumbo tu)
1 tin susu cair
Kurma (optional)
Kismis (optional)

Chia Seed (optional)
Sedikit air


Bahan B:
2 sudu marjerin
2 sudu gula
1 sudu teh vanilla
2 sudu tepung jagung
3 biji telur

Bahan C:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastad
1 sudu gula


Langkah-langkah:

1. Carik-carikkan roti. Masukkan ke dalam bekas. Masukkan susu cair. Potong kurma dan kismis kecik-kecik, dan masukkan ke dalam bekas rendaman roti. Tabur chia seed. Tambahkan sedikit air, dan gaulkan bagi rata.


2. Masukkan kesemua Bahan B ke dalam blender. Kisarkan. Masukkan ke dalam bekas rendaman roti tadi. Gaulkan biar sekata.

3. Masukkan ke dalam loyang yang telahpun di alas dengan kertas baking. Bakar adunan selama 40 minit menggunakan suhu 170' menggunakan api atas dan bawah.


4. Untuk sos kastad - bancuh tepung kastad dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk bersama gula dan susu cair. Dengan api yang perlahan, kacau sehingga sos kastad jadi pekat.

5. Siap. Dah boleh makan. (>‿◠)✌






Selamat mencuba \ (•◡•) /


*************************************
Nak order Shaklee?
Nak cari income dengan Shaklee?

Pengedar Shaklee Kota Bharu: COD Kota Bharu / Kubang Kerian / Bachok
Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa: COD Kota Bharu / Kubang Kerian / Pengkalan Chepa
Pengedar Shaklee Semenyih : COD Semenyih / Ampang
Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Semenyih / Putrajaya / Kajang
Pengedar Shaklee Kota Samarahan : COD Farley Kota Samarahan
Pengedar Shaklee Singai : COD Singai / Pasar Bau / Malihah / MJC /Kota Padawan
Pengedar Shaklee Bintulu : COD Bandar Bintulu / Kidurong / Bt 5- Bt 10 Jalan Bintulu-Miri
Pengedar Shaklee Kuching : COD Kuching
Pengedar Shaklee Kajang: COD Kajang / Bangi / Kuala Lumpur
Pengedar Shaklee Bayan Baru : COD Bayan Baru / Bayan Lepas
Pengedar Shaklee Bukit Mertajam : COD Bandar Perda / Bukit Mertajam
Pengedar Shaklee Terengganu : COD Kemasek / Kerteh / Kijal

*Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments