Tips Untuk Cerai Susu Badan (Wean Off)

  • Saturday, January 27, 2018
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Saya buntu sebenarnya, bila fikirkan cara macamana saya nak wean-off (cerai susu badan) anak saya yang ke 3 - Asyfa (bulan 3 ni masuk 3 tahun). Sebabnya, saya juga menyusukan adiknya - Affaf yang baru berusia 1 tahun.

Saya menyusukan diorang berdua ni secara 'tandem nursing'. Bagi sesiapa yang kurang faham apa itu tandem nursing - tandem nursing ni bermaksud kita menyusukan 2 orang ataupun lebih secara serentak. Macam saya, saya menyusukan Asyfa dan adiknya Affaf. Masa tengah mengandungkan Affaf haritu, saya tak stop pun menyusukan Asyfa, walaupun susu drop.


Buntu Untuk Wean-Off


Memandangkan saya masih lagi perlu untuk menyusukan si adik, saya tak tahu macamana nak buat untuk wean-off si kakak. Tambah-tambah lagi sebenarnya, si kakak yang lagi kuat mengempeng berbanding si adik. Masa saya ikuti trip Shaklee ke Phuket hari tu selama 4 hari, si kakak yang lagi kuat menangis mengamuk cari umi nak susu. Padahal kalau ikutkan, di antara ke empat-empat anak saya, Asyfa ni lah yang paling senang dijaga sejak lahir. Jarang sangat menangis, senang dipujuk, mesra dengan sesiapa sahaja. Tapi, bila dia tak dapat susu...... fuhhhhhh... mengamuk! 4 malam abi dan nenek tak cukup tidur hari tu heheheehe...

Kalau ikutkan petua yang ramai orang buat - letak itu lah letak inilah untuk bagi anak berhenti menyusu kan? Tapi bagi kes saya ni, memandangkan si adik masih lagi menyusu, jadi agak mustahil untuk saya letak apa-apa. Kalau letak pun, nanti bila dia tengok adik masih menyusu, apa saya nak jawab nanti? Kan?

Bagaimana Saya Pujuk Asyfa Untuk Berhenti Menyusu


Ok lah, sambung kepada bagaimana saya mula wean off Asyfa.

Asyfa ada anak sepupu, namanya Aira. Aira ni dah umur 4 tahun - minum susu botol. Asyfa ni kamceng dengan Aira. Kira macam idola dia la Aira ni hehehe.. Sikit-sikit Aira, sikit-sikit Aira. Jadi, kat sini saya cucuk jarum.

Saya pujuk dia untuk minum susu botol. Saya belikan dia botol dan belikan susu formula. Saya bagitau dia, Aira pun minum botol. Aira pun tak minum susu mama dia dah.. Kemudian saya bagitahu dia macam ni...


" Asyfa dah besar. Gigi Asyfa dah panjang. Nanti umi sakit. Bila umi sakit, nanti berdarah. Nanti umi kena pergi hospital. Affaf takpe. Gigi Affaf kecik lagi. Affaf boleh minum susu umi lagi"


Saya keep on bagitahu dia macam tu. Memang tak tipu, sebab memang sakit jugak kot bila dia mengempeng lama-lama. Maklumlah, dia dah besar. 

Saya buatkan dia susu dalam botol. 
Saya baring bersama dia. Kepala dia masih berbantalkan lengan saya, macam masa masih menyusu badan. Masa dia minum susu botol, saya peluk dia. Saya usap rambut dia. Saya ucapkan kata-kata positif / pujian kat dia..

"Asyfa baik.. Asyfa jjuruh.. Asyfa pandai..Asyfa comei..Asyfa hebat.. Asyfa bagus.. Asyfa sayang adik..  Asyfa sayang Ammar.. Asyfa sayang Ajlaa'..Asyfa sayang umi.. Asyfa sayang abi.. Umi sayang Asyfa.. Umi saaaaayang sangat Asyfa"

Ayat-ayat ni, memang saya biasa buat kat anak-anak. Tapi, masa tengah nak wean off ni, saya tambahkan lagi dos pujian tu.. Heheheh...

Masa ni, saya memang lebihkan perhatian kat dia. Bagi dia rasa, walaupun kita dah tak menyusukan dia, tapi kita tak abaikan dia pun. Kasih sayang kita tetap sama kat dia. Kita tetap peluk dia, kita tetap puji dia. Saya tak biarkan dia minum susu sorang-sorang. Saya temankan dia. In fact, kalau adik dia menangis time ni pun, saya abaikan je adik dia. Sebab saya tahu, adik dia masih tak faham lagi, tapi Asyfa dah mula faham. Dah ada perasaan.

Ya, memang ada juga ketikanya dia mengamuk nakkan susu umi. Tapi saya divert amukan dia tu kepada pelukan dan ulang balik kata-kata pujian tadi. Hasilnya, dia memang reda dari amukan. Memang kena keraskan hati lah dengar tangisan dia tu. Sebabnya, kalau kita mengalah even sekali je pun, memang buruk padahnya. Dijangkakan misi untuk wean off memang akan gagal sepenuhnya. Hehehehe..

So, kita sebagai ibu ni, masa decide untuk wean-off tu, memang kena bulatkan tekad betul-betul. Tanya diri kita sendiri, adakah kita sendiri juga dah bersedia untuk wean off? Jika kita sendiri masih berbelah bahagi, maka ada baiknya kuburkan je dulu hasrat tu. Sebab peratusan untuk kecundang di tengah jalan tu agak tinggi. Hehehe.. 


Masa tengah malam macamana?

Ok, malam pertama wean-off, dia masih terjaga sekali untuk minum susu. Masa ni, saya bagi susu badan. Dia pun tengah mamai, memang dia tak ingat lah dia ada minum susu umi. 

Malam kedua wean-off, dia tak sedar pun. Dia cuma bangun bila dah pagi. So, saya buatkan susu botol, dan ulang balik langkah tadi. Temankan dia menyusu. Dan, dia kembali tertidur semula.

Alhamdulillah, harapan saya semoga saya berjayalah wean off dia sepenuhnya.
Aminnn...



So, ringkasan untuk wean off anak.

Tips Wean Off Anak.

1. Belikan botol yang anak suka
2. Temankan anak masa dia minum susu
3. Peluk dan puji anak
4. Berikan perhatian lebih buat anak yang tengah nak wean off

5. Bulatkan hati, pasakkan tekad, pekakkan telinga, jangan mengalah

Semoga dapat membantu proses Wean Off anak-anak kalian (͠≖ ͜Ê–͠≖)👌
All da best!



Susu Ibu Susu Terbaik

Ya, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Sarat dengan segala zat dan nutrisi yang anak kita perlukan. Bagus untuk perkembangan fizikal dan otak anak. Baik untuk kuatkan imuniti tubuh.

 Namun, memandangkan Asyfa dah hampir mencecah usia 3 tahun, maka cukuplah setakat ini susu ibu untuk dia.

Saya bekalkan Asyfa dan anak-anak yang lain dengan minyak ikan. Minyak ikan yang tinggi dengan EPA DHA, bagus untuk otak mereka. Bagus juga untuk kuatkan imun tubuh diorang.






Untuk dapatkan OmegaGuard ni, boleh membuat pembelian secara terus dengan Shaklee Malaysia dengan cara klik butang eSell di bawah.



Jika memilih untuk membeli dengan Pengedar Shaklee yang berhampiran anda, boleh pilih dalam senarai di bawah.
Pengedar Shaklee Kota Bharu: COD Kota Bharu / Kubang Kerian / Bachok
Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa: COD Kota Bharu / Kubang Kerian / Pengkalan Chepa
Pengedar Shaklee Semenyih : COD Semenyih / Ampang
Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Semenyih / Putrajaya / Kajang
Pengedar Shaklee Kota Samarahan : COD Farley Kota Samarahan
Pengedar Shaklee Singai : COD Singai / Pasar Bau / Malihah / MJC /Kota Padawan
Pengedar Shaklee Bintulu : COD Bandar Bintulu / Kidurong / Bt 5- Bt 10 Jalan Bintulu-Miri
Pengedar Shaklee Kuching : COD Kuching
Pengedar Shaklee Kajang: COD Kajang / Bangi / Kuala Lumpur
Pengedar Shaklee Bayan Baru : COD Bayan Baru / Bayan Lepas
Pengedar Shaklee Bukit Mertajam : COD Bandar Perda / Bukit Mertajam
Pengedar Shaklee Terengganu : COD Kemasek / Kerteh / Kijal

*Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments