Strok Haba: Apa Yang Kita Perlu Tahu

  • Sunday, February 22, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sama seperti tahun lepas, Februari dan Mac menyaksikan suhu di Malaysia sangat tinggi. Kepanasan yang agak luar biasa. Bahang kepanasan ni, menyebabkan ramai yang merasa resah, berpeluh dan ada yang hampir pitam, terutama sekiranya mereka yang bekerja di luar, ataupun yang kerap berurusan di luar.


Namun, walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.
Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.
Keadaan ini dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun yang diramal membawa lebih banyak hujan. 
 
 
 

Apa Yang Berlaku Bila Suhu Tinggi? 

 

Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.
Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah Celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. 
 
 
Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahidratan yang teruk.

Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesema dan radang kulit seperti ruam.
 
Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah STROK HABA yang turut dikenali, SUNSTROKE atau HEAT STROKE. 
 
 Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena STROK MATAHARI ATAU HABA yang boleh menyebabkan seseorang pengsan.
 

Apa Itu Strok Haba?

 
Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk HIPOTERMIA, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, STROK HABA adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme. 



Tidak seperti penyakit haba yang lain, STROK HABA dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.
STROK HABA tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya 'strok' adalah istilah umum digunakan untuk mengambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.
Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudia membebaskan radiasi yang disebabkan oleh 'aktiviti metabolik' melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan STROK HABA yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. 
 
 

Simptom Strok Haba

 
  •  Muka kemerah-merahan
  • Tidak berpeluh
  • Suhu badan meningkat ketara
  • Sawan
  • Sakit kepala
  • Denyutan nadi pantas
  • Tidak sedarkan diri
  • Lesu
  • Bingung
  • Kulit kering
 
 
 

Apa Yang Harus Dilakukan Sekiranya Terkena Strok Haba?

 
  • Pindah pesakit ke kawasan yang teduh.
  • Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha.
  • Pastikan tempat itu pengudaraan yang baik. Gunakan kipas untuk menurunkan suhu badan
  • Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.
  • Jangan sesekali beri pesakit apa-apa ubat-ubatan tahan sakit, ibuprofen, aspirin atau acetaminophen (paracetamol, Tylenol).
  • Letakkan pesakit dalam tab bekas mandi yang sejuk.
  • Perlahan-lahan mengurut kulit mereka bagi menggalakkan peredaran darah.
 
 
 
 
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Strok Haba
  • Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah atau bangunan.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Berehat dengan kerap.
  • Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Sewajarnya pakai pakaian diperbuat daripada 100% kapas.
  • Pakai topi atau payung. Ia dapat mengelak mengawal 40% haba pada bahagian kepala.

Bagaimana Performance Drink Shaklee Dapat Membantu?

 
 
Performance Drink dapat membantu mengurangkan kehilangan bendalir dari badan akibat cuaca panas. Ianya akan memperlahankan proses kehilangan cecair, mencegah penyahhidaratan dan mengurangkan kehausan.
 
Apa yang istimewanya, Performance Drink merupakan satu-satunya minum isotonik yang TIDAK BERKARBONAT dan TIDAK MENGANDUNGI PEMANIS / PERISA / PENGAWET TIRUAN.
 
Menariknya, Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka, kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod baik dalam dunia mahupun aktiviti pengembaraan.
 
 
 Untuk dapatkan Performance Drink, boleh hubungi saya..

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

You Might Also Like

0 comments