Hari ni, genap 37 minggu kehamilan saya...
Masa semakin hampir.. dup dap dup dap makin terasa, walaupun ini anak ke 3.. rasa macam sama je gementarnya setiap kali nak bersalin..
Sape setuju dengan saya? heheheh...
Jadi, saya mula mencari teknik-teknik yang boleh saya amalkan, untuk memudahkan proses bersalin nanti...
Di sini, saya kongsikan bersama kawan-kawan semua...
Sama-sama kita amalkan, moga sedikit sebanyak dapat membantu mempermudahkan proses kita bersalin nanti...
1. Senaman Kegel
Ini ialah satu aktiviti mudah dan memudahkan
kelahiran insyaAllah. Senaman kegel dapat membantu menguatkan otot bagi
mempersiapkannya menempuhi proses kelahiran. Wahh, macam melatih askar nak
bertempur di medan perang! Gitu lah gamaknya.
Tetapi
senaman kegel ni mudah saja. Cuba berlatih
ketika anda membuang air kecil. Tahan air kencing dari keluar, tahan
lima saat
kemudian lepaskan perlahan-lahan. Buatlah dua tiga kali. Selain semasa
dalam
toilet, boleh juga buat bila-bila dengan cara membuat kemutan kiraan
lima saat, dan lepaskan perlahan-lahan.. sambil lipat kain, sambil
berwhatsApp
dengan encik abang, sambil baca entri ni pun boleh buat!
2. Jalan Itik
Tau jalan itik kan? Haaa, orang kata jalan itik ni pun dapat bantu untuk 'jalan kita terbuka'. Bila jalan terbuka senang la nak bersalin nanti. So, masa minggu-minggu terakhir kehamilan ni, banyakkanlah jalan itik... Fuhhh, penatnyaaaa kan? hihihihi... tapi tak salah sekiranya kita mencuba...
Tak tau cmane nak jalan itik?
Tak tau cmane nak jalan itik?
Tengok gambar ni...
3. Kerapkan Bersama Suami
Ni pun salah satu tips yang femes. Even misi kat klinik pun dok pesan benda ni.. heheheh...
Mengikut pendapat sesetengah pengamal perubatan pula, air mani merembeskan hormon prostaglandin yang boleh menyebabkan kontraksi. Namun, tak semua pengamal perubatan bersetuju dengan
pendapat air mani penyebab kontraksi ini. Ada juga yang menafikannya.
Maka terpulang kepada individu untuk mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai.
4. Minyak Kelapa Dara
Mengikut beberapa pendapat, minyak kelapa dara dapat memudahkan proses bersalin kerana ia melicinkan laluan di dalam rahim. Minyak kelapa dara juga dapat mempercepatkan bukaan rahim, dan proses meneran menjadi lebih lancar.
5. Makan Nenas
Nenas ni kan sifatnya tajam. Sebab tu orang-orang tua tak bagi kita makan nenas masa awal-awal mengandung, sebab takut keguguran. Jadi, masa nak suruh bersalin ni, apa kata kita makan nenas banyak-banyak, bagi baby keluar dengan cepat. Cuba, apa salahnya kan....
6. Banyakkan Berjalan
Biasanya,
masa dah sarat ni, kita nak rehat je kan. Asyik nak baring je. Saya la
tu heheheh... Tapi kalo boleh jangan bagi tubuh kita rehat sangat.
Banyakkan berjalan. Taknak jalan jauh-jauh, jalan-jalan dalam rumah
ataupun keliling rumah pun boleh. Takpun, buat kerja-kerja rumah. Sapu
sampah, kemas rumah, kemas mainan anak ke (squatting - bagus jugak untuk percepatkan proses bersalin). Rumah kemas, badan kita pun cergas. Untung kan...
7. Baca Surah Maryam
Surah Maryam juga seringkali disarankan untuk diamalkan sepanjang kehamilan kita. Namun, janganlah setakat dok baca surah Maryam je, khatamkanlah Al-Quran semasa kita hamil. Moga-moga anak yang dilahirkan nanti, akan menjadi generasi pendokong Al-Quran. Boleh juga baca artikel Amalan Terbaik Semasa Hamil, untuk ketahui apa lagi yang patut kita amalkan semasa hamil.
8. Amalkan Doa Nabi Yunus
Akhir sekali, amalkanlah Doa Nabi Yunus.
Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Mohonlah, moga Allah permudahkan kita bersalin.
Walaupun pelbagai tips dan petua yang kita amalkan, tetaplah Allah jua yang memberi rezeki, samada mudah ataupun tidak proses kita bersalin. Setiap orang akan lalui pengalaman berbeza. Setiap anak yang dilahirkan juga, akan mempunyai cara bersalin yang berbeza. Memang tak sama. Macam Ammar, dilahirkan secara induce kerana ketuban saya kurang, Ajlaa' pulak lahir secara mudah sangat tanpa sebarang masalah.
Yang penting, doalah sepenuh hati mohon Allah bantu kita, permudahkan kesulitan kita insya Allah..
Saya yakin, ibu-ibu dah sediakan kelengkapa selepas bersalin sekarang ni kan, samada kelengkapa untuk ibu juga kelengkapan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Suka saya ingin cadangkan Set Bersalin Shaklee, yang sangat membantu untuk ibu-ibu tempuhi tempoh berpantang dengan segar dan cergas. Badan rasa fit, susu badan melimpah, sembelit pun tiada.
Jom saksikan pengalaman pengamal Set Bersalin Shaklee ini..
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit
Untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee ini, boleh isi borang ni..
Ataupun boleh je hubungi saya melalui cara-cara di bawah..
❤ Efie Muhamad ❤
SMS/Whatsapp: 019-9890707
FB: Efie Muhamad
2 comments
Info bermanfaat...jom lawati blog saya
ReplyDeletewwwirenevitamin.blogspot.com
tq irene..
Delete