Wednesday, 4 February 2015

Basikal Ke 3 Untuk Anak-anak

Ini merupakan basikal ke 3 untuk anak-anak saya...Padahal, anak baru je umur 6 tahun dan 4 tahun... Hmmm...

Sebenarnya, basikal anak-anak saya dah 2 kali dicuri.. huhuhu kesian diorang kan...

Kali pertama, kejadian berlaku waktu siang.. Masa tu saya ada je kat umah.. Cuma pintu pagar tak tutup.. saya pun ada je kat ruang tamu, dan pintu sliding rumah pun bukak je.. Tetiba tengok petang tu, basikal 2 beradik ni dah takde.. Innalillah...

Maka, tak lama selepas itu, belilah basikal lain...

Kali kedua, kejadian berlaku waktu malam... Masa tu kami balik tidur kat kampung.. Basikal park je kat tepi rumah.. Esoknya bila balik rumah, tengok basikal dah takde... hmmmm...

Rasa macam serik.. Serik nak beli basikal lagi...

Kawasan rumah saya ni boleh dikatakan hot area.. even dulu-dulu masa mula-mula masuk ke rumah ni, kami ada beli tong sampah letak kat luar pagar, pun boleh hilang tong sampah tu.. padahal tong sampah je kan.. masa tu ingat nak mudahkan lori sampah yang masuk untuk kutip sampah-sampah kat depan rumah, hmmm sekali dengan tong pun hilang...

Selalu jugak la berlaku kejadian kes pecah rumah.. Alhamdulillah, rumah saya masih lagi selamat setakat ni.. moga Allah jauhkan dari perkara-perkara sebegitu... setakat hilang tong sampah dan basikal anak, still boleh terima lagi la.. oh ya, lagi satu yang pernah hilang.. sangkar burung.. sangkar tu bukanlah sangkar kecik macam biasa sangkar burung tu, agak besar la boleh je nak letak anak ayam ke apa ke.. sangkar tu letak kat depan beranda rumah.. pun hilang jugak...

Ok, back to the story pasal basikal...


Memandangkan dah agak lama basikal anak-anak hilang tak berganti, timbul la jugak rasa kesian kat diorang.. so masa bulan lepas, saya dah niat sekiranya bonus Shaklee saya untuk bulan Januari meningkat secara memuaskan berbanding bulan December, maka saya nak reward diorang dengan beli basikal untuk diorang...

Alhamdulillah, bonus saya meningkat walaupun tak sampai ke target yang sebenar saya nak.. tapi takpelah, belanja anak sekali sekala.. kegembiraan diorang adalah kebahagiaan buat kita kan? Saya ni memang jenis yang tak mewahkan anak dengan mainan ke apa ke.. jarang je apa yang diorang nak diorang boleh dapat.. biarlah diorang belajar untuk terima, tak semua yang kita nak kita boleh dapat terus.. harus kena berusaha gihgih dulu, baru boleh dapat.. so, sekali sekala bila diorang dapat sesuatu, memang diorang happy sangat...

Ni lah basikal diorang...





Basikal diorang ni takdelah mahal sangat pun, ok la affordable... hehehe...

Basikal Ammar cuma RM135, pastu tambah tayar sokongan kecik kiri kanan tu RM22 sebab Ammar tak pandai lagi naik basikal tanpa tayar tu, so jadilah RM157..

Basikal Ajlaa' pulak RM130 je.. Tayar kecik tu pun dah ada siap-siap, tak payah tambah..

Pastu diorang request nak topi tu sorang satu.. Satu tu RM10.. So total reward untuk diorang ni RM307... ok la kan.. Beli dekat kedai basikal dekat-dekat dengan rumah ni je.. Kedai kecik, orang Melayu punya... Yang basikal dulu-dulu yang hilang kena curi tu dua-dua beli dekat kedai yang agak besar kat KB, kedai Cina.. Kali ni rezeki pakcik Melayu yang dekat dengan umah saya ni...

Oh ya, kira reward ni pun untuk birthday Ajlaa' minggu depan, 10 Februari nanti.. kira sekali harung la kan.. jimatttt... hehehe... besday Ajlaa', tapi Ammar pun dapat hadiah sekali... baik hati betul umi ni hihihihi...

Sebenarnya, bonus Shaklee untuk Januari tak masuk pun lagi.. biasanya akan masuk 14hb setiap bulan.. semalam masa beli basikal tu baru je 3hb.. tapi umi macam tak menyempat2 kan..hahahah...

Ok, ada 1 reason lagi sebenarnya kenapa umi yang tak sabar-sabar nak beli basikal ni...

Sebabnya, saya kan dah nak masuk 34 minggu hamil.. orang kata, kena banyakkan berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti.. so, dalam fikiran saya, bila anak-anak naik basikal pusing taman perumahan, saya boleh follow diorang jalan kaki.. kalo nak harap saya saja-saja jalan pusing taman ni, macam tak mungkin je la kan.. hahhaa... segan... ada je orang joging pusing taman ni petang-petang, tapi saya segan la nak pusing sorang-sorang..huhu...

Ok, tu je la kot kisah yang nak cerita hari ni.. 

3 sebab yang kukuh untuk reward anak dengan beli basikal kat diorang.. hehehe...

Untuk keselamatan, basikal-basikal diorang ni kami angkut bawak naik ke rumah.. masa nak naik je baru bawak turun bawah.. better beringat kan, maklumlah dah 2 kali kena...


************************************************
Nak terima bonus Shaklee setiap bulan seperti saya?

Jom jadi ahli Shaklee...
 
Ataupun nak order Shaklee je?

Hubungi saya je...
❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707


                         

No comments:

Post a Comment