Petua Best Untuk Diamalkan Bila Mengalami Kejang Kaki Semasa Hamil

  • Thursday, February 05, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa kejang kaki biasa menyerang semasa hamil? 
Masa tak hamil, takde pulak terganggu dengan kejang kaki ni...

Kemudian saya cuba buat sedikit pembacaan..

Apa yang saya dapat simpulkan adalah begini, hasil dari pembacaan saya tu...

Penyebab Kejang Kaki Semasa Hamil


Semasa hamil, otot kaki terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah, maka ianya kadangkala boleh menjadi kejang pada malam hari. Kekurangan kalsium, potassium dan kalium dalam aliran darah juga boleh menyebabkan kekejangan, kerana pembesaran uterus akan menekan saraf sekitar yang membawa ke kaki.


 Petua Untuk Kurangkan Serangan Kejang Kaki



Bagi mengelak kejang pada waktu malam hari, makan pisang atau minum segelas susu sebelum masuk tidur supaya kita mendapat bekalan segera kalsium dan kalium. Saya memilih untuk amalkan mengambil 5 tablet Ostematrix Shaklee (gabungan kalsium + magnesium + Vitamin D) sebelum masuk tidur. Kemudian, buat putaran di pergelangan kaki dan gerakkan jari-jari kaki apabila berkesempatan. Cuba buat regangan pada otot yang kejang beberapa kali sebelum tidur.



Sekiranya kita alami kekejangan, luruskan tumit kaki terlebih dahulu, dan perlahan-lahan gerakkan pergelangan dan jari-jari kaki. Kita juga boleh melegakan kekejangan dengan mengurut otot atau tuamkan dengan botol air panas (tungku batu bagi masyarakat Melayu). Berjalan-jalan ringkas selama beberapa minit juga mungkin dapat membantu.



Tidur juga boleh terganggu oleh kaki yang letih. Ia rasa seperti menyusup, merayap dan berdenyut-denyut di dalam kaki dan juga rasa kejang. Hampir kesemua pengidap melaporkan seperti ada kuasa yang membuat kaki mereka bergerak. Tiada sesiapa pun pasti apa penyebab kepada masalah kaki letih, tetapi ia mungkin diwarisi. 

Ostematrix Shaklee Membantu Elak Kejang Kaki

 


Ini yang saya amalkan semasa kandungan ke 3 ni. Alhamdulillah,  memang sangat membantu. Ya, masih lagi diserang kekejangan, namun takdelah seteruk dan sekerap 2 kandungan terdahulu. 
Alhamdulillah...

Ibu-ibu yang sering alami masalah saperti saya, kerap kejang kaki semasa hamil, saya amat sarankan untuk mengambil Ostematrix ni. Bukan sekadar untuk legakan kesakitan kejang kaki, namun amat penting untuk kekalkan kadar kalsium dalam tulang kita, juga untuk bekalkan kalsium kepada bayi dalam kandungan. Insya Allah..
 

  Boleh hubungi saya untuk pesanan....
 ❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707




You Might Also Like

0 comments