Persediaan Pengurusan Rumahtangga Sebelum Bersalin

  • Sunday, February 08, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Bukan hanya keperluan berkenaan diri dan bayi yang bakal lahir yang harus kita fikirkan, namun tentang pengurusan rumahtangga selepas bersalin pun kita kena fikir jugak tau..

Tambah-tambah lagi, sekiranya kita bersalin dan berpantang di rumah sendiri, tanpa kehadiran orang tua untuk membantu, ataupun tanpa pembantu untuk membantu menyelesaikan urusan rumahtangga.. Nak-nak pulak, suami jenis yang sibuk memanjang, atau yang tak biasa bantu isteri dalam urusan rumahtangga, jadi semestinya urusan rumahtangga sedikit sebanyak akan terganggu...

Urusan barang dapur laa...
Urusan pakaian laa..
Urusan masakan laa..
Dan macam-macam lagi..

Maklumlah, kita kan ibu rumahtangga merangkap domestic engineer, semua urusan rumahtangga boleh dikatakan 90% terletak pada bahu kita...





Nasib baiklah, saya ni dikurniakan suami yang agak rajin membantu berkaitan urusan rumahtangga.. jaga anak2, cebok anak, basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas rumah memang boleh diharap.. satu je yang dia memang tak pandai nak buat, bab masak-memasak ni.. hehehe.. yang tu memang tak penah dia buat.. masak air je bolehlaa hihihi... apapun, memang dah syukur sangat-sangat, alhamdulillah...

Ohhh melalut panjang la pulak saya ni..

Ok, jom kita tengok sedikit sebanyak urusan rumahtangga yang boleh kita sediakan awal-awal sebelum kita bersalin..


Membuat Stok Barangan Asas

Nak pergi shopping masa dalam pantang memang tak la kan.. Kalo mak kita tau, memang berhari-hari kena bebel kot...hihi.. lagipun, dalam keadaan kita yang tak berasa sihat awal-awal lepas bersalin, dan juga bayi yang masih sangat rapuh antibodi tubuhnya, memang mustahil untuk kita keluar shopping..

Jadi, cara terbaik adalah buat stok barang-barang yang kerap diguna, dalam kuantiti yang lebih dari biasa.. Contohnya, sabun basuh pakaian, barang dapur seperti tisu, cecair basuh pinggan dan makanan yang tahan lama (seperti sardin, biskut, beras, teh, pasta dan lain-lain. 



Untuk barang-barang mentah yang mudah rosak (seperti daging, ikan dan ayam) pekkan balik dalam beberapa bungkusan yang lebih kecil dan bekukan. Contohnya, 1 pek untuk 1 kali masak. Maka, takdelah nak kena defrost semua setiap kali nak masak, yang boleh menyebabkan lauk mentah tersebut cepat rosak.

Cara Simpan Lauk Mentah oleh http://lydsunshine.blogspot.com


Bekukan Makanan 

Mulai sekarang, setiap kali masak, masak secara berlebihan dan bekukan separuh. Senang untuk minggu-minggu terawal selepas kita bersalin. Cuma panaskan, dan dah boleh dimakan oleh suami dan anak-anak kita. Sama macam solid food yang kita biasa sediakan untuk bayi kita yang dah mula makan kan? Makanan yang dimasak sendiri, tentunya lebih berkhasiat dan lebih nutrisi berbanding makanan ringan atau ready made ataupun makanan yang dibeli di kedai kan.. Berkat pun lebih berkat, insya Allah..

Ataupun satu cara lagi, bekukan pes siap-siap.. Bila nak masak nanti, cuma panaskan pes dan tambah lauk je ke dalam pes kita yang dah siap tu...

Sediakan Baju Kerja Suami Siap-siap

Macam suami saya ni, dia boleh je gosok baju sendiri, tapi biasanya tugas tu saya yang buat. Jadi, untuk memudahkan kita nanti, gosok je siap-siap baju kerja dia 1 almari tu, jadi takdelah masa hari-hari terawal lepas bersalin pun kita nak kena gosok baju kan? Insya Allah, kita mudahkan suami, Allah akan mudahkan proses kita bersalin nanti...


Mmmm, apa lagi ya yang kita boleh buat sebelum bersalin ni? Kalo ada cadangan, jangan lupa tinggalkan komen ya ;-) nanti saya edit masukkan dalam entry ni dan bagi kredit nanti ;-)


****************************************************

Nak dapatkan Set Bersalin Shaklee?



Bonus Set Bersalin Shaklee 

  • Mengelakkan post partum depression (meroyan)
  • Membantu ibu mendapat zat-zat yang diperlukan yang tidak dapat diambil melalui pemakanan kerana melalui proses berpantang
  • Mempercepatkan luka bersalin sembuh
  • Menggalakkan penghasilan susu badan
  • Melawaskan sistem pembuangan
 Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti tempoh berpantang dan penyusuan, pasti tidak akan teragak-agak untuk memilih berpantang dengan vitamin Shaklee.

Boleh isi borang ni..
Ataupun boleh je hubungi saya melalui cara-cara di bawah..


❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707



You Might Also Like

0 comments