Bahayakah Perut Mengeras Semasa Hamil?

  • Monday, February 16, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Perut yang asyik mengeras ketika hamil, kadangkala membuatkan kita sedikit risau. Bagaimana keadaan bayi kat dalam? Ok ke? Kenapa asyik sangat mengeras ni? Tak bahaya ke? Tu mungkin persoalan-persoalan yang timbul, dalam fikiran kita kan..


 Kenapa Kejang Perut Terjadi?



Membawa bayi dalam perut memberi tekanan yang besar kepada otot, ligamen, urat dan sebahagian organ dalaman, jadi ianya bukanlah perkara yang mengejutkan sekiranya kita berasa sakit di bahagian perut. Kesakitan ini biasanya tidak perlu dibimbangkan, kecuali jika diikuti dengan beberapa simptom yang lain, seperti adanya tompokan darah, lelehan faraj atau rasa sakit yang tidak berkurangan selepas beberapa minit, maka barulah ia mungkin merupakan petanda yang serius.

Bila memasuki trimester ketiga, adalah biasa untuk ibu-ibu mengalami kontraksi sekali sekala. Kontraksi ini berlaku sekali sekala, dan tidak diikuti dengan rasa sakit. Ianya dipanggil 'Braxton-Hicks Contraction'. Ianya tidak membimbangkan.


Bagaimanakah Kejang Perut Yang Membimbangkan?

Kontraksi yang membimbangkan adalah kontraksi yang boleh membawa kepada kelahiran bayi. Ibu akan mengalami kesakitan pada bahagian abdomen, diikuti rasa mengeras untuk beberapa saat dan hilang. Selepas beberapa minit, ianya datang lagi. Coraknya serupa dengan kesakitan ibu yang hendak bersalin. Ianya mungkin beserta dengan sakit pinggang.

Ianya akan menjadi masalah besar, sekiranya kandungan belum pun mencapai 34 minggu. Sistem paru-paru bayi masih belum matang, begitu juga dengan organ-organ bayi yang lain.

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Zabidi, selain Braxton-Hicks, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan sakit perut ini terjadi. Faktor-faktor ini ada yang merbahaya, ada yang tidak.

Untuk mendapatkan info lebih lanjut berkenaan faktor-faktor ini, bolehlah baca di artiker Dr Zabidi ini.. 


Apapun, adalah dinasihatkan untuk kita segera berjumpa doktor sekiranya berlakunya perkara-perkara yang membimbangkan. Hanya doktor sahaja yang boleh mendiagnos samada kejang perut yang kita alami itu merbahaya ataupun tidak.


Testimoni Set Hamil Shaklee

  ❤ Kekal cergas bertenaga ketika hamil, walaupun sedang berpuasa ❤


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni...



Nak cuba Set Hamil Shaklee?

Hubungi saya..


❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

You Might Also Like

0 comments