Perkembangan Kehamilan Minggu ke 35

  • Wednesday, February 11, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Seronok bila update tentang kehamilan ni..

Pertamanya, kita tau tentang progress diri kita sendiri, serta bayi dalam kandungan kita..
Yang kedua, dapat berkongsi dengan teman-teman di luar, yang tengah hamil sama dengan kita.. Mungkin diorang takde masa untuk mencari info tentang kehamilan kan.. At least, bila baca artikel kat sini, akan dapat tau lah sedikit sebanyak...

Hari ni, alhamdulillah, masuk minggu ke 35 kehamilan saya...


Pejam celik pejam celik kejap je kan masa berlalu.. Dalam tempoh lebih kurang sebulan je lagi, saya akan dapat  menatap bayi yang saya usung ke hulu ke hilir dalam rahim saya ni sepanjang 35 minggu yang lepas.. saya akan dapat menatap bayi yang sering menendang-nendang perut saya tak kira masa.. saya akan dapat menatap bayi yang kepalanya sering menekan pundi kencing saya, sehingga menyebabkan hampir setiap jam saya perlu ke tandas.. insya Allah..

Jom kita tengok apa perkembangan terhadap ibu dan bayi, pada minggu ke 35 ini...


Perkembangan Ibu


  • Masalah pedih hulu hati, senak dan sukar bernafas mungkin berkurangan. Ini kerana kepala bayi mulai turun ke ruang pelvik
  • Pundi kencing mengalami tekanan. Oleh itu, kita akan semakin kerap berasa hendak buang air kecil.
  • Cepat berasa penat, tidur semakin kurang lena.
  • Buku lali dan vena varikos mungkin membengkak. Letakkan kaki ke atas pada bila-bila masa sedapat mungkin untuk elakkan hal ini terjadi.


Perkembangan Bayi


  • Berat anggaran bayi ketika ini sekitar 2.2kg-2.4kg
  • Panjang bayi kira-kira 18 inci panjang
  • Pertumbuhan sangat pesat, kebanyakan organ telah matang kecuali paru-paru
  • Berat akan bertambah kira-kira 28gram setiap hari (200 gram seminggu)
  • Kepala bayi mungkin telah turun ke ruang pelvik, sedia untuk dilahirkan
  • Kulit mula menegang, kuku dan rambut mulai memanjang
  • Jika bayi lelaki, buah zakarnya sepatutnya telah turun
  • Tendangan semakin kuat sehingga boleh dilihat dari luar


Tak lama dah, detik-detik indah kehamilan ini akan berakhir.. 
Sedih untuk kehilangan momen-momen ini, tapi teruja untuk menerima kehadiran insan baru dalam kehidupan...


Dah ready nama bayi?(É”◔‿◔)É” ♥

Kalo belum, cepat-cepatlah cari nama ya... (✿◠‿◠)

 Set Bersalin?

Jom saksikan perkongsian best dari seorang pengamal Set Bersalin Shaklee...

 Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti tempoh berpantang dan penyusuan, termasuk tak nak sembelit selepas bersalin pasti tidak akan teragak-agak untuk memilih berpantang dengan vitamin Shaklee.
Boleh isi borang ni..
 
Ataupun boleh je hubungi saya melalui cara-cara di bawah..


❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707


    You Might Also Like

    0 comments