Rata-rata ibu hamil, kerap alami loya dan muntah-muntah, terutama peringkat awal kehamilan. Orang putih kata 'morning sickness'. Hehehhe... Walaupun namanya 'morning', tapi tak semestinya morning je tau. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa, atau sepanjang masa bagi mereka yang alami alahan yang teruk.
Alhamdulillah, saya tak diduga dengan ujian ini. Sepanjang ketiga-tiga kehamilan ni, saya memang tak alami sebarang alahan, cuma setakat loya-loya biasa dan berangin. Itu pun kadang-kadang je. Dan takdelah sehingga menyebabkan saya melepek je sepanjang hari.
Kenapa Loya Boleh Berlaku?
Biasanya ia berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan. Ini kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon "human chorionic gonadotrophin (hCG)" dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam rahim.
Apabila usia kehamilan semakin membesar, selalunya wanita hamil itu kurang mengalami rasa loya dan muntah kerana semakin lali dengan kehadiran hormon itu dalam tubuh mereka. Aras hormon yang dikeluarkan juga semakin berkurangan.
Petua Hilangkan Loya Semasa Hamil
- Amalkan pengambilan makanan secara sedikit, tetapi kerap
- Elakkan mengambil makanan yang pedas, berlemak dan berminyak
- Buka tingkap dan kipas semasa memasak untuk elakkan bau yang boleh mengganggu
- Minum air secukupnya
- Kurangkan kafein
- Kurangkan stress
- Dapatkan rehat yang cukup
- Minum air yang ditambah hirisan halia & lemon
Suka juga ingin saya sarankan, Peppermint Ginger Plus Shaklee juga dapat membantu mengurangkan loya semasa hamil.
Sebotol Peppermint Ginger plus ini cuma berharga RM45.00 (90 tablet).
Insya Allah, dapat kurangkan rasa loya dan muntah-muntah yang kerap mengganggu semasa kita hamil.
Testimoni Set Hamil Shaklee
❤ Kekal cergas bertenaga ketika hamil, walaupun sedang berpuasa ❤
Nak cuba Peppermint Ginger Plus atau Set Hamil Shaklee?
Hubungi saya..
❤ Efie Muhamad ❤
SMS/Whatsapp: 019-9890707
FB: Efie Muhamad
0 comments