Ketahui Permasalahan Pangkal Rahim Longgar Semasa Hamil Dan Cara Rawatannya

  • Tuesday, February 10, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sesetengah wanita, mempunyai pangkal rahim yang terbuka (cervical incompetence) walaupun tiada kontraksi. Selalunya, ini akan berlaku sekitar minggu ke 16 hingga minggu ke 24 kehamilan. Kemungkinan akan berlaku pendarahan, dan bila pemeriksaan dilakukan doktor akan mendapati pintu rahim telah pun terbuka. Ini boleh membawa kepada keguguran.

incompetence cervix


Biasanya, keguguran akan berlaku secara tiba-tiba, tanpa rasa sakit yang keterlaluan.

Wanita-wanita yang berisiko ialah:


  • Wanita yang pernah mempunyai sejarah keguguran pada trimester kedua
  • Wanita yang pernah menjalani sebarang prosedur di bahagian pangkal rahim, seperti D&C atau LEEP (pembuangan sebahagian pangkal rahim).
  • Wanita yang mengalami luka pada pangkal rahim ketika melahirkan
  • Wanita dengan  kandungan kembar
  • Wanita yang mempunyai rahim longgar secara semulajadi

Sekiranya kelonggaran pangkal rahim ini telah didiagnos sebelum mengandung, maka prosedur cervical cerclage akan dilaksanakan pada trimester kedua, biasanya pada minggu ke 14. Dalam prosedur ini, pesakit akan dibius dan pangkal rahim akan dijahit menggunakan benang khas.

cerclage


Apabila cerclage telah dikenakan, kandungan boleh dilanjutkan sehingga cukup bulan. Biasanya pada minggu ke 37,  jahitan ini akan dibuka dan proses kelahiran akan berlaku biasanya dalam jangka masa yang tak lama selepas itu.

Ikuti kisah benar seorang sahabat saya Jazilah Ilyas, berkenaan pengalamannya menjalani prosedur Cervical Cerclage.

Cervical Incompetence dan Cervical Cerclage 

Pengalaman Menakutkan Cervical Cerclage


Alhamdulillah, beliau dah pun selamat melahirkan anak ke 3, bulan lepas...

******************************************************

Berpantang dengan Shaklee?

Mengapa tidak?? Ianya suplemen semulajadi terbaik untuk anda...






 Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti tempoh berpantang dan penyusuan, pasti tidak akan teragak-agak untuk memilih berpantang dengan vitamin Shaklee.

Boleh isi borang ni..
 
Ataupun boleh je hubungi saya melalui cara-cara di bawah..


❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

You Might Also Like

0 comments