Wednesday, 5 April 2017

Keranamu Didi & Friends...

Alkisahnya, si Asyfa ni saaaangat suka Didi & Friends.. Mana dia kenal pun tak tahu lah.. Sebabnya, kat rumah ni takde Astro.. So suspected dia kenal kartun tu masa balik kampung lah kot, sebab kat kampung ada Astro..


Bangun pagi, celik mata je mintak pasangkan Didi kat Youtube.. Bila umi tengok Didi ni macam ok je kan, nyanyi-nyanyi lagu kanak-kanak je pun, so umi bagi lah dia tengok.. Sampai umi pun dah boleh hafal dah lagu-lagu tu.. Lagu Buai Laju Laju la, lagu Katak Si Katak Lompat la dan macam2 lagi lah..


Lepas tu, weekend haritu rupanya ada Didi kat Aeon Mall KB ni.. Sebenarnya, ianya adalah program Grolier.. Grolier ni bawakkan tema Didi & Friends, untuk tarikan kepada anak-anak ni lah kan... Umi terlambat dapat tahu.. Hari Ahad tu baru tahu.. Tengok dia punya last date Ahad, so kami decide nak bawak je lah Asyfa pergi.. Kalo Didi masih ada, kira macam bonus lah kan buat kami..


Alhamdulillah, patung Didi tu masih ada, cuma Maskot Didi tu takdelah.. Masa weekend je ada.. Tapi takpekah, tu pun Asyfa dah cukup excited dah tu.. Haaa cer tengok gambar tu...
Asyfa ni suka menyanyi tau.. Naik stage  je, terus nyanyi.. Hadoiiii umi nak tergelak besar dah masa tu..

Tengoklah betapa excitednya dia dapat tengok Didi

Kalo dapat jumpa Maskot Didi cmane lah agaknya kan? Hihi







Lepas tu, kami join aktiviti Dugro kat sebelah tu pulak.. Ada lah 3 aktiviti diorang buat, yang tu Ammar & Ajlaa' join.. Lepas siap semua aktiviti tu, ada sessi bergambar ahli keluarga.. Maka, inilah gambar pertama kami sekeluarga sejak berenam ni.. Hihi.. Tq Dugro..




Tak susah pun nak gembirakan anak-anak kan.. In fact, zero cost je pun ni, tapi anak-anak happy sangat-sangat.. Siap cakap lain kali tak perlu pergi Kidzoona dah, nak main kat sini je.. Hihi..

Anak-anak gembira --> emosi diorang pun akan ok.. 
Stabil + tenang.. 
Mencetuskan mood yang bahagia..
Anak-anak bahagia, mak ayah pun tenang kan? 

Takdelah jadi tarzan sangat (ai ler tu kihkihkih)... 
hihihi...


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

No comments:

Post a Comment