Monday, 24 April 2017

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Bukit Kluang.. Ini Tipsnya!

It was an ad-hoc plan, yesterday.

Sebenarnya, dah lama dok berkira-kira nak gi memanjat Bukit Kluang. Tapi tu lah, sekadar bicara manis di bibir sahaja. Action-nya takde. Maka, impian nak mendaki bukit terpendam begitu sahaja.

Sehinggalah, Khamis lepas.

Umi: Abi, weekend ni kita gi jogging Taman Tengku Anis nak?
Abi: Baik kita gi panjat Bukit Kluang..
Umi: Wahhhh, menarik jugak.. Jom jom..
Abi: Isnin lah, masa cuti pertabalan Agung.

Maka, sampailah jugak kami ke Bukit Kluang semalam.

Bertolak seawal selepas Subuh, dan sampai ke kaki Bukit Kluang lebih kurang 7.30 pagi.

Sunrise di Jambatan Tok Bali, otw dari Kota Bharu ke Bukit Kluang

Parking kereta kat area parking tempat nak mulakan trek hiking tu, then terus naik. Umi babywearing Affaf (4 bulan), Abi terpaksa dukung Asyfa (2 tahun) sebab Asyfa taknak berjalan. Dia takut kot bila tengok hutan. Maklumlah, tak pernah masuk hutan kan. Kesian.. Ammar & Ajlaa' steady. No problem.

Masa mendaki tu, lebih kurang dalam setengah jam. Bukit takdelah tinggi sangat. Tapi boleh tahan mengah jugaklah bagi kami yang Newbies ni. First time kottttt jumpa bukit. Kihkihkih...

Luckily, sebab hari cuti kan so memang ramai la hikers. Rombongan pelajar sekolah pun ada. Seronok bila ramai-ramai gitu. Rasa meriah. Pastu ada ramai jugak yang menolong. Ya lah umi & abi kan dah penuh tangan menggendong Affaf & Asyfa, maka kalo part ada curam ke ada tempat2 yang agak susah ke, ada lah yang menolong Ammar & Ajlaa'. Syukur Alhamdulillah.

After setengah jam, taraaaaaa. Kami sampai ke puncak. Cantikkkk pemandangan. Sebab nampak laut kan.

Yeahhhh we manage to hike it.. hihihi

Cantik kan view


Ammar & Ajlaa'

Kat puncak ni, ada 1 hentian. Boleh la nak rest sekejap. Betulkan otot dan basahkan tekak.. Hihi.. Abi siap bancuh air Performance Drink lagi. Performance Drink ni bagus sangat diambil bila kita beraktiviti macam ni. Sebab, PD ni sejenis minuman elektrolit. Boleh kekalkan bendalir dalam badan, elak dehydrate dan bagi kita lagi cergas bertenaga. Rasa pun sedapppp.. Rasa oren.. Slurppp...

Masing-masing tak sabar nak minum
Ingatkan, bila dah naik tu dah setel lah bab skru di lutut yang longgar bila mendaki kan. Rupa-rupanya, nak turun ni laaaagi mencabar. Fuhhh.. Masa yang diambil untuk turun pun lebih lama, dan kena take extra pre-caution masa nak turun ni. Silap-silap memang boleh tergelincir bedebuh jatuh. Fuhhh nauzubillah. Tak dapat imagine. Kami  ni dahla kendong baby kan.

Alhamdulillah, ada sorang adik ni dalam umur belasan lagi kot. Dia yang banyak tolong Ajlaa'. Ajlaa' ada jugak terjatuh sekali, sebab licin. Muka dia nak nangis dah. Tapi keep on bagi semangat kat dia. Dan kebetulan jumpa pulak adik ni, dia lah yang banyak tolong. Siap dia offer nak tolong pegang baby lagi. Baik betul. Lelaki budaknya ni..

Haaa lupa nak cerita. ada 1 tragedi masa mendaki ni tau. Kasut umi tercabut tapak!!!! Uwaaaa... Maklumlah, kasut ni dah lama tak pakai, kasut murah pulak tu. Hmmmm selamat lah kan. Mula-mula tercabut sebelah, lepas tu lagi sebelah tu pun tercabut jugak.. Huhuhu.. Maka berjalanlah umi dengan memakai kasut tanpa tapak.. Boleh tahan sakit jugakla tapak kaki bila terpijak batu @ akar pokok kan. Redha je lah...

Almost sejam kot kami ambil masa untuk turun. Once dah nampak gerai-gerai jualan (kat pinggir bukit a.k.a pinggi pantai tu ada gerai jualan) kat bawah bukit tu, rasa legaaa sangat. Tambah-tambah baby pun dah start nak menangis dah time tu.


Nampak tak berpeluh-peluh tu. Hihi.. Lutut tengah longgar lagi ni..

Apapun, memang syok lah dapat panjat bukit. Dapat beriadah orang kata. Insya Allah, wajib repeat lagi lain kali.

Apapun, nak kongsi tips sikit lah kat korang.

Tips Sebelum Mendaki Bukit


1. Pastikan sampai seawal pagi yang boleh. Sebab kalo dah panas, lagi lah cepat letih kot. Tapi Bukit Kluang ni redup, banyak pokok. Bukit lain wallahualam. Tapi walaupun banyak pokok, still lagi bagus untuk mulakan pendakian awal pagi.

2. Bagi orang Islam, mulakan aktiviti kita dengan baca doa. Moga Allah permudahkan. Niatkan bahawa kita mendaki bukan sekadar nak suka-suka, tapi lebih kepada nak beriadah dan menyaksikan kebesaran bumi Allah dari sudut-sudut yang kita belum biasa tengok.

3. Bawak air. Memang akan haus masa kita tengah mendaki. Kami siap bawak Performance Drink dan Vivix

4. Jangan makan makanan berat sebelum mendaki. Nanti lagi tak larat nak mendaki. Cukup dengan alas perut sikit dah. Mungkin secawan air dan seketul kuih kot.

5. Masa kat tengah-tengah perjalanan pendakian tu, ada juga disediakan wakaf untuk berehat. Nak berehat boleh, tapi jangan rehat lama-lama. Nanti lagi lemau badan nak mendaki. Hihihi...

6. Murahkan senyuman. Jangan sombong dengan pendaki-pendaki yang lain. Mungkin kita memerlukan pertolongan mereka. Kalo takde perlukan pertolongan pun takpe. Senyum tu kan sedekah yang paling senang kita boleh buat. Tak pasal-pasal dah dapat pahala. Kalo orang senyum kat kita pun, hati kita sejuk dan tenang je kan.

7. Kalo dekat Bukit Kluang ni, kat puncak tu ada beberapa port menarik untuk bergambar. Jangan teruja untuk bergambar kat port pertama. Kat depan-depan tu ada lagi...

8. Kalo hari hujan, elakkanlah mendaki. Trek akan jadi super duper licin dan sangat merbahaya

Ok, 8 tips yang terfikir buat masa ni. Kalo ada lagi, nanti kita tambah balik ok ;-)


Belanja video abi sikit. Bukan  senang ni nak pujuk abi bercakap. Hihihi






Kot ada yang teringinnnn nak minum air Performance Drink macam kitorang, boleh beli kat sini tau...



Ataupun boleh je hubungi saya..



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

No comments:

Post a Comment