Wednesday, 5 April 2017

Saya Dijemput Allah


Saya tulis status untuk ke Mekah pada 15 Januari 2017..
Masa ni keinginan untuk ke tanah suci meluap-luap tak dapat nak bendung rasanya.. Masa tu, geng Shaklee tengah berumrah.. Memang sangat sangat teruja rasa nak buat umrah jugak..

Maha Kaya Allah..
Maha Besar Allah..

Tak sampai 2 bulan dari tarikh ni, pada 7 Mac 2017 saya dijemput olehNya ke rumahNya.. Rasa macam tak percaya pun ada..

Tambah-tambah dalam keadaan saya baru je 2 bulan bersalin, czer pulak tu.. Allahuakbar.. Macam mustahil je kan, tapi Allah izinkan.. Alhamdulillah..

Sebenarnya, perjalanan umrah saya pada 7 Mac - 19 Mac haritu, merupakan perjalanan pertama saya ke luar negara. Allah jemput saya ke rumahNya. Dan Allah mahu saya jejakkan kaki saya buat pertama kalinya di luar Malaysia, adalah di Rumah Nya. Alhamdulillah..

Perjalanan dari Malaysia ke Madinah memakan masa 9 jam. Agak bosan jugak sebenarnya. Tapi, kita cuba isi masa lapang dalam flight tu, dengan muhasabah diri, dan renung kembali apa matlamat hidup kita. Kira macam me-time la ni. Ya lah, sebelum ni kalo kat rumah almost 24 hours masa yang ada, dikelilingi anak-anak. Faham-faham je lah kan bila dah dengan anak-anak tu. So, manfaatkan masa kali ni dengan sebaiknya..

Trip kami bersama Ukhwah Harmoni ni seramai 30 orang. Kami yang dari Kelantan ni seramai 12 orang.. 10 orang kami sekeluarga + 2 orang rakan family... Haaaa syok kan pegi ramai-ramai macam ni...

Masa nak pergi tu, biasalah ada persediaan yang kita kena buat kan.. Kali ni saya nak cerita tentang keperluan vitamin yang saya bawak untuk ke sana...



Saya bawak 


✿Nutriferon
✿Vivix
✿Phytocol ST
✿OmegaGuard
✿Lecithin
✿Alfalfa
✿Herb-Lax
✿Vitamin C
✿Vitalea
✿B-Complex
✿Ostematrix


Lepas tu, yang takde dalam gambar adalah Herbal Blend - sebab awal-awal lagi dah masuk beg dan Performance Drink sebab lepas amek gambar baru packing Performance Drink masuk dalam ziplock plastic bag.

Banyak ke ya? Rasa macam biasa-biasa je, sebab ni memang vitamin yang saya amalkan masa dekat rumah pun.

Alhamdulillah, Allah izinkan diberi kesihatan yang sempurna sepanjang kami suami isteri kat sana. Mungkin amalan kami setiap hari memang konsisten makan suplemen Shaklee ni, menyumbang kepada kesihatan kami jugak.

Saya ni kan baru je bersalin secara czer, ikutkan biasanya orang yang bersalin czer ni takes time jugaklah untuk badan sihat balik.. Alhamdulillah saya hari tu dalam masa kurang dari 2 minggu, luka jahitan dah sembuh. 2 bulan lepas bersalin, boleh dah tunaikan umrah. Boleh tawaf & saie tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

Masa hari tu, Alhamdulillah sempat 4 kali tunaikan umrah. 3 kali bersama pihak syarikat Ukhwah Harmoni, 1x pergi sendiri-sendiri bersama ahli keluarga.

Belanja sikit gambar kat Mekah dan Madinah.. Hihihi..
Kat Madinah cuaca kering sejuk - kulit & bibir kita cepat sangat jadi kering. Kalo yang jenis kulit kering ekzema macam suami saya, memang siap jadi gatal-gatal seluruh badanlah.. So, sapu je krim ni kat mana-mana, pada bila-bila masa. Bawak je ke mana-mana pergi.

Ni SPF UV Protection - penting jugak ni tau. Protect kulit muka kita dari sunburn.

Nampak tak Vivix tu tinggal separuh dah hihihi. Ni lah energy booster kami..

Ni masa tengah panjat bukit kat Jabal Rahmah

Sebahagian daripada kami sekeluarga semasa aktiviti ziarah di Muzim Al-Amoudi, Mekah

Lepas Solat Subuh di Masjidil Haram
Balik dari Mekah ni, belumpun sebulan lagi tapi dah 2 kali dah termimpi-mimpi huhuhu..😭😭😭

Moga Allah jemput lagi kami dan para pembaca blog saya ini, untuk ke sana...
Aminnnn...





Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707



Efie Muhamad (facebook)

No comments:

Post a Comment