Wednesday, 5 April 2017

Resepi Brownies Coklat Yang Sedap Dan Mudah


Sumpah!

Memang mudah sangat teramat-amat mudah buat brownies ni..
Proses penyediaan dalam 10 minit je (dengan syarat semua bahan dah ada, kalo baru nak start kereta pegi kedai beli butter memang tak dapek la kan hahaha), then bakar 20 minit.. Siap!

Hasilnya, ko akan dapat makan berkeping-keping brownies yang lembut dipotong, pejal di tangan dan cair dalam mulut.. Yeahhhh gittewww... hahahaha.. Tapi memang sedaplah! Sekali buat, terus rasa nak buat lagi ehehehehe....

Tapi kan, texture Brownies yang ni, dia macam tengah-tengah sikit.. Mixture antara Brownies dan Kek.. No problem at all, yang penting SODAPPPP oiiii..





Ok malas cakap banyak jom kita cekidaut resepinya...

Resepi Brownies Yang Sedap Dan Simple

Bahan-bahan:

250gm mentega (saya guna Buttercup tu seketul)
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula castor (kalo taknak manis sangat 1 cawan je dah ok)
1/2 cawan air sejuk
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama dengan baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.




2. Hadwhisk gula + telur + vanila. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter + koko tadi. Kacau sebati.





3. Masukkan tepung + soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.

4. Masukkan air. Kacau lagi sehingga sebati.



5. Alaskan loyang saiz 10" x 10" dengan kertas baking tu. Biarkan ada lebihan kertas di sebelah hujung kiri dan kanan supaya kita senang nak keluarkan Brownies nanti.


6. Tuang adunan Brownies ke dalam loyang dan ratakan. 




7. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Taraaaa siap!! 




Abaikan rekahan ala-ala gunung berapi tu..
Biasalah, amatur kan.. Hihihi...

Jom potong dan makan!
Nyum nyum nyum...




Senang kan?

Selamat mencuba ;-)




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)


No comments:

Post a Comment