Tahniah! Dahpun masuk 3rd trimester.. Rasa macam baruuuuuu je cek urine test aritu ;-)
Kita sedang menghampiri tempoh untuk bertemu dengan anak yang dikandung. Pada trimester ke 3 ini, perubahan fizikal semakin kelihatan. Perut semakin membesar, muka semakin melebar serta kaki dan tangan turut membengkak. Kita juga lebih mudah untuk berasa letih sekarang.
Rahim telah naik sehingga hampir ke tulang rusuk. Kita boleh melihat perut kita bergerak-gerak apabila bayi kita sedang bergerak di dalam. Pasangan kita juga boleh merasa pergerakan bayi jika dia meletakkan tangan pada perut, malahan dapat melihat bentuk kaki atau punggung bayi apabila bayi menendang atau berpusing.
Perkembangan Bayi
Berat bayi anda lebih kurang 1.1kg
dan ukuran panjangnya 38sm dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki,
testikel (buah zakar) akan turun dari kawasan berdekatan buah pinggang
lalu merentasi pangkal paha dan terus ke skrotum (kantung zakar). Bagi
perempuan, kelentit masih menonjol kerana belum ditutup oleh bibir vulva
yang masih halus. Vulva akan membesar dan menutupi kelentit dalam
minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
Kulit bayi mulai memerah dan berkedut, tetapi lemak mulai terkumpul di bawahnya.
Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya berlaku amat pantas pada masa ini. Bayi bertindak balas dengan cara yang sama seperti bayi cukup bulan. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang minggu ke-30.
Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya berlaku amat pantas pada masa ini. Bayi bertindak balas dengan cara yang sama seperti bayi cukup bulan. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang minggu ke-30.
Paru-paru bayi masih belum matang dengan sempurna dan perlu membentuk suatu bahan dipanggil surfaktan yang menahannya daripada runtuh selepas setiap tarikan nafas.
2 comments
bila baca tentang baby rasa pulak nak menimang baby ni hehehe
ReplyDeleteahahah sila sila.. sedang elok dah tu...
Delete