Taklimat Persekolahan Anak-anak Sessi 2015 di Tadika Aulad Pintar, Pasir Tumboh

  • Friday, January 09, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hujan lebat kembali mencurah-curah sepanjang 3 hari ni di bumi Kelantan.. Bumi bertuah yang Allah beri ujian untuk terima banjir besar 2 minggu lepas.. Ujian yang lebih mendekatkan diri kita pada Allah, insya Allah..

Namun, sepanjang 3 hari ni, hari ni lah yang boleh dikatakan kemuncaknya.. Memang sangat lebat, dan boleh dikatakan non-stop.. Paras air mula naik.. Saya terbayangkan bagaimana la orang-orang yang dah tak berumah tu, kerana rumah dah musnah hilang lenyap masa banjir aritu, hadapi saat-saat macam ni.. Allahuakbar.. Moga Allah permudahkan mereka, gandakan kesabaran mereka dan limpahkan pahala 
mencurah-curah atas keredhaan mereka..



Alhamdulillah, hari ni saya hadiri taklimat persekolahan anak-anak syurga saya, Ammar Qayyum dan Ajlaa' Qaisa di Tadika Aulad Pintar, Pasir Tumboh. Esok dah mula sessi persekolahan, setelah anak-anak bercuti hampir lebih 40 hari (sepatutnya cuti bulan 12 je, tapi cuti dilanjutkan sehingga 10 Januari kerana banjir). Anak-anak excited nak pergi sekolah dah, tiap-tiap hari dok tanya bila nak buka sekolah..


Sessi taklimat oleh Pengetua Tadika Aulad Pintar

Masa taklimat ni, saya dok sebelah Ida Chalo, pemilik blog kedaivitaminhalal. Ida pun hantar anak beliau ke sini. Sorang 6 tahun, lagi sorang baru nak hantar tahun ni, umur 3 tahun..

Mulai esok, Ammar dah masuk kelas untuk 6 tahun, Ajlaa' 4 tahun.. Alhamdulillah, tahun ni tahun ke 3 saya hantar anak-anak ke sekolah ni. Tahun-tahun lepas, sekolah ni franchise dengan Little Caliphs, guna program Little Caliphs.. Tapi bermula tahun ni, sekolah ni dah guna program diorang sendiri.. Smart Aulad Program..

Kenapa Tukar Program? 


Soalan ni memang femes, dan paling membuatkan ramai orang tertanya-tanya. Ni juga antara soalan kami sebagai parents... Memang nak tau la kan.. Dah elok-elok guna program Little Caliphs, kenapa nak tukar?

Teacher Noorhafizah Che Su, selaku pengetua sekolah ni bagitau, she has her BIG DREAM, dari awal-awal beliau terlibat dalam bidang pendidikan lagi. Beliau bertekad, untuk memiliki program beliau sendiri suatu hari nanti. Beliau franchise dengan LC untuk cari pengalaman, biasalah apa-apa kan kita kena cari ilmu dulu barulah kita boleh laksanakan sesuatu. Bukan main redah je. So, bila sampai masanya, beliau bagitau pihak LC untuk start beliau punya program sendiri (yang beliau buat research dah bertahun, dan dah mulakan pun dari tahun lepas untuk pelajar-pelajar kelas malam beliau), dan pihak LC pun takde masalah.. Insya Allah, untuk kebaikan bersama kan.. Tak perlu nak gaduh-gaduh masam muka saman menyaman..

Bagus sangat ada impian yang besar kan.. Memang sepatutnya kita semua patut memiliki impian sendiri, apa yang kita inginkan dalam hidup kita, terutama impian yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Memenag saya salute sangat dengan impian beliau. Tambahan pula, saya sendiri dalam Shakle, sentiasa diberi dorongan untuk membina impian, memiliki impian. Impian yang besar inilah yang memandu kita ke arah yang lebih baik, bukan statik di takuk lama je setiap hari setiap tahun..


We, as parents memang takde masalah.. Saya secara personal, walaupun memang sukakan Little Caliphs Program (dulu masa Amar kecik2 belum sekolah punyalah survey tadika, dan excited sangat bila dapat tau LC dibuka dekat dengan rumah saya di Pasir Tumboh ni, sebab LC memang salah satu sekolah yang toplist dalam senarai sekolah pilihan), namun bagi saya kewibawaan dan pengurusan sesuatu tadika tu lebih penting.. Program sebagus manapun, tapi kalo pengurusan out, memang out lah sekolah tu.. Di Tadika Aulad Pintar ni, sepanjang 2 tahun hantar anak ke sini, tahun ni masuk tahun ke 3 alhamdulillah saya memang puas hati sangat-sangat, baik dari segi penjagaan dan pengajaran guru-guru, serta perkembangan anak-anak..

Jadual kelas Ajlaa' tahun 2015
 Memandangkan Ajlaa' dah mula bersekolah dari tahun lepas, maka untuk 2015 ni beliau masuk kelas Smart Senior 4.. Kalo pelajar-pelajar baru, maka akan masuk kelas Smart Junior 4..

Jadual kelas Ammar tahun 2015
Alhamdulillah, Ammar layak masuk kelas Smart Huffaz, kelas yang menekankan sessi hafazan Al-Quran. Moga Ammar akan dapat membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan baik nanti. Dan semoga beliau akan membesar sebagai anak soleh, yang menjadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan beliau bila besar nanti.


Aktiviti masa DayCare
 Walaupun saya ni tak bekerja di ofis, bekerja dari rumah dengan masa kerja yang fleksibel, tapi saya lebih prefer anak-anak saya berada di sekolah walaupun pada waktu petang. Di sekolah sekurang-kurangnya diorang akan belajar mengaji dan tidur pada waktu petang. Kalo kat rumah, hmmmm jenuhlah nak suruh tidur. Kalo dengan teacher ni biasanya anak-anak memang ikut apa teacher cakap, kalo dengan umi abi hmmm memang panjang akal diorang ni.. 

Takwim persekolahan 2015
Ni takwim persekolahan untuk 2015. Semua dah tercatat kat sini. Bila ada dentist visit, bila nak exam, bila sports day, bila ada parents meet, bila masa sekolah cuti dan lain-lain. Bagus ada takwim ni. Senang kita nak rancang jadual kita dari awal. Saya dah siap tampal dahpun takwim ni kat depan meja kerja di SOHO saya, senang nak refer kan. Tampal kat atas takwim tahun lepas, sebab sayang nak bukak yang tahun lepas. Hehehe...

Oklah, tu je perkongsian saya kali ni. Perkongsian hati seorang ibu beranak 2 yang bersekolah di Tadika Aulad Pintar. Kalo nak kata ni review untuk Tadika Aulad Pintar pun boleh. Mana tau ada parents yang tengah-tengah survey sekolah untuk anak-anak kan? Recommended, ok!

Azan Zuhur dahpun berkumandang.. Jom kita tunaikan hak Allah sebaiknya... Insya Allah Allah akan jaga hak kita..

*********************************************

Nak order vitamin Shaklee?

Boleh order dengan saya, pengedar Shakle bertauliah..

❤ Efie Muhamad ❤


SMS/Whatsapp: 019-9890707







You Might Also Like

0 comments