Kenapa ASTRO Membuatkan Saya Pening?

  • Tuesday, January 13, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Ammar!

Ya kerana Ammar...

Ammar, anak sulung saya tu sukaaaaaaaa sangat tengok tv. Alhamdulillah, rumah saya ni, tv pun tv cabuk je. Harga RM200 je masa beli 3 tahun lepas. Hehehe.. ASTRO memang takdelah, takde dalam senarai pun untuk utility cost kami.

Tapi...



Bulan lepas, bulan December 2014, bulan anak-anak cuti sekolah. Kami 2 minggu tak duduk rumah kami. Minggu pertama duduk rumah kakak, sebab jaga mak memandangkan kakak dan adik beradik yang lain pergi umrah. Kat rumah kakak ni ada ASTRO. Ya, Allah boleh dikatakan hampir 24 jam Ammar melekat depan TV. Ya lah, bukak Channel kanak-kanak tu kan memanjang jer citer kartun. Citer yang macamana pun saya tak tau. Memang tak sempat la kalo nak pantau satu-satu. 



Bila balik rumah nenek, pun sama. Bukannya nak main bola ke main lari-lari ke, asyikkkklah dok mengadap TV. TV tu memang dia yang conquer. Orang lain jangan haraplah. Cucu pulak cucu sulung kan, memang atuk nenek manjakan la. Ikutkan je. Hmmmmmm....

Minggu kedua, kami duduk rumah abang saya, bawak mak sekali kat sini. Pun ada ASTRO jugak. Ya Allah rimas betul saya. Masa dia memang ke laut. Tidur pukul 2 pagi, bila saya terjaga dari tidur dan tengok dia tak tidur lagi, saya yang tutupkan TV tu, baru dia masuk tidur. Abang dan kakak ipar saya kesian nak tutup, sebab Ammar merayu-rayu tak bagi tutup. Kalo dengan maknya ni, memang dia tak berani la nak merayu-rayu heheheh.... Bangun pagi pulak dah bukan bangun pagi, bangun tengahari namanya. Dekat pukul 1 baru nak bangun. Ye lah, dah tidur pun pukul 2 3 pagi kan? Hissshhhhh....
Memang geram betul saya.. Asyik jadi singa je.. hahahahah...


Alhamdulillah, sekolah kini dah buka. Kami kembali ke rumah kami. Rumah yang ada TV cabuk dan takde ASTRO. Heheheh... Tenang saya rasa. Takde dia dok melangut depan TV dah.

Mula-mula risau jugak, sebab dah biasa bangun lambat kan. Kang mengamuk-ngamuk pulak nak bangun awal pergi sekolah. Alhamdulillah, bila takde TV ni, dia boleh tidur awal bangun pun awal. Tidur pukul 11 tu memang dah masuk tidur, pagi pukul 7 masa kejutkan dia bangun tu dia boleh bangun dengan tenang takde nak mengamuk-ngamuk menangis-nangis. Alhamdulillah.

Pergi sekolah pukul 8 pagi, balik pukul 5.30. Balik sekolah pun beraktiviti macam kanak-kanak normal yang lain, main kat laman rumah. Kalo dia tengok TV petang tu pun kejap je. Maghrib mandi makan kemudian belajar ke ngaji ke main ke suka hati dia. Yang penting, tengok TV takde dalam senarai jadual malam dia. Fuhhhhhhhhhh tenang jiwa saya.

Jadi anak soleh ya...
 Membesarlah sebagai anak soleh ya. Umi takkan sekali-kali langgan ASTRO, demi kebaikan kamu berdua jugak. Dan juga, untuk elakkan umi dari asyik kena jadi singa hahahaha.....

************************************************

Nak order Shaklee?


❤ Efie Muhamad ❤


SMS/Whatsapp: 019-9890707


You Might Also Like

0 comments