Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir Di Manik Urai Baru, Kuala Krai Kelantan

  • Sunday, January 18, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Alhamdulillah, baru berkesempatan jenguk blog arini...

2 hari yang lepas, saya begitu sibuk. Tak sempat nak menulis di blog kesayangan saya ni..

Jumaat (16 Jan 2015), saya berkesempatan untuk ke Manik Urai Baru, Kuala Krai, mengikuti misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir oleh pihak Ukhwah Harmoni Travel & Tours, yang datang jauh dari Melaka.

Keluarga dan sanak saudara saya sebenarnya ramai di sini, di Manik Urai ni. Namun, disebabkan beberapa kekangan, baru kali ini saya berpeluang untuk menziarah mereka di sana. Tambahan pula, kebanyakan dari mereka memang takde kat rumah, mereka naik ke KL rumah anak-anak mereka lepas je masa banjir aritu.

Ya, lah. Nak terus duduk kat situ memang tak selesa la kan. Dengan air takde letrik takde macamana nak bersihkan rumah semua. So, diorang amek keputusan untuk tinggalkan rumah buat seketika. Bila keadaan dah agak ok macam sekarang, baru diorang balik.

Saya kongsikan keadaan rumah makcik saya dan seorang sepupu saya...











Rumah makcik saya, dinding dapur tercabut dan kedudukan rumah berganjak dari tapak asal.. Berganjak dari tiang asal rumah.. so kedudukan rumah jadi agak senget.. seriau rasa bila naik atas rumah.. huhuhu.. barang-barang dalam rumah boleh dikatakan 90% rosak.. baju-baju boleh lah amek, tapi kena basuh lah.. rumah beliau dinaiki air sehingga lebih tinggi dari tingkap, tapi takde lah sampai tenggelam bumbung...

Rumah sepupu saya pula, Kak Yah memang tenggelam terus.. bumbung pun tenggelam masa banjir tu.. hasilnya, bumbung kat beberapa bahagian memang tercabutlah.. tilam pun dok atas bumbung.. mesin basuh kat atas tangki air.. kerusi dan cadar tersangkut dekat pokok.. sedih sungguh kami melihatnya.. tk dapat bayangkan keadaan masa banjir tu..

Mesin basuh ada kat atas tangki air ni, tapi dah diturunkan

Cadar tersangkut atas pokok yang lebih tinggi dari bumbung rumah

Nampak tak kerusi yang tersangkut tu?
Tilam kat atas bumbung
Alhamdulillah, sedikit sumbangan telah diagihkan buat mangsa-mangsa banjir.. Barangan keperluan dapur, seperti beras, minyak, gula, biskut juga barangan kepeerluan sekolah anak-anak seperti baju sekolah dan alatulis.. tak ketinggalan juga kami bawa pakaian-pakain baru seperti baju kurung dan blouse.. juga keperluan lain seperti ubat nyamuk dan lilin...




Selain mengagihkan barangan keperluan, sukarelawan juga bertungkus lumus mengumpulkan barangan rumah yang rosak dan bersepah-sepah di satu tempat. Senang nanti bila lori sampah nak kutip kan. Niat asal nak tolong cuci rumah tak kesampaian, sebab bekalan air dah 3 hari takde. So, tolong mana yang boleh je lah...




Sukarelawan kecik 2 orang.. Ammar & Ajlaa'.. hehehehe


Lepas siap semua, tuan rumah merangkap sepupu saya belanja kami minum air kelapa muda, fresh dari pokok... Best!! Heheheh....

Air banjir naik setinggi pokok kelapa.. Buah kelapa pun berselut...

Muka nikmat dapat minum air kelapa...hehehe...

Selut-selut pun takde hal... basuh je, belah dan nikmatilah... slurrppppp....
Oh ya, kami jugak bawak mihun goreng siap-siap.. Jamu kat orang kampung...

Sebahagian dari mihun goreng untuk orang kampung..
Alhamdulillah, saya dapat peluang untuk join pihak Ukhwah Harmoni Travel & Tours ni.. Semoga diberi peluang untuk bersama lagi di lain masa, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang dalam kesusahan...

************************************************

Nak order Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤


SMS/Whatsapp: 019-9890707


You Might Also Like

0 comments