Tips Mengatasi Tidur Yang Sering Terganggu Semasa Hamil

  • Tuesday, February 03, 2015
  • By efie muhamad
  • 2 Comments

Masuk trimester terakhir kehamilan ni, terutama bila kandungan dahpun mencecah 8 bulan ke atas, nikmat tidur malam sering terganggu. Bukan saya je kot, tapi mungkin dihadapi oleh ramai ibu hamil yang lain. Bukan bila bayi dah lahir je tidur malam kita terganggu, tapi dari sekarang lagi. Mungkin sebagai latihan untuk kita tak cukup tidur malam, bila bayi dah lahir nanti kan? Allah Maha Mengetahui...


Beberapa keadaan yang memungkinkan tidur kita terganggu..

Posisi tidur yang tak selesa lantaran perut yang makin membesar
Kerap terganggu dengan mimpi-mimpi aneh
Kejang kaki / simpul biawak / cramp
Pedih hulu hati
Kerap terjaga untuk buang air

5 perkara ini pun sudah cukup untuk menyebabkan tidur kita yang hanya beberapa jam itu terganggu. Dahla kuantiti tidur sikit, kualiti pun berkurang. Kesian kita kan.. hihihi.. sebab tu lah banyak pahala yang Allah kurniakan buat kita, para ibu hamil ni.. Insya Allah...

Tips Mengatasi Tidur Yang Sering Terganggu


Cari Posisi Tidur Yang Selesa

 

Posisi mengiring, dengan bantal yang diletakkan di antara dua kaki mungkin merupakan posisi yang paling selesa untuk kita tidur, berbanding tidur secara telentang. Namun ada juga yang masih rasa posisi tersebut masih tak selesa, mungkin memilih untuk tidur secara duduk. Terpulang, bergantung kepada keselesaan anda. 



Diganggu Mimpi Aneh Semasa Tidur


Ini berlaku mungkin disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga mungkin disebabkan oleh perasaan yang sering bercampur aduk, mungkin tentang perubahan bentuk badan ataupun tentang keterujaan bercampur dengan rasa takut untuk menjadi seorang ibu. 

Jangan risau sangat, semua ini normal. Hadapi semua dengan tenang, bayangkan perkara-perkara yang indah sebelum tidur. Gambarkan diri kita berada di tepi pantai ke, di padang yang penuh dengan bunga-bunga yang cantik dan harum dan pelbagai perkara lagi yang dapat membuatkan kita tenang.


Kejang Kaki / Simpul Biawak / Cramp

Urutan tangan, leher, betis dan kaki daripada pasangan mungkin merupakan cara yang terbaik untuk bersantai sebelum tidur. Kejang kaki juga mungkin berpunca dari kurangnya kalsium dalam badan kita. Pengambilan kalsium yang mencukupi mungkin dapat membantu mengurangkan kejang kaki semasa tidur ni.

Alhamdulillah, saya sendiri pada kehamilan kali ni, agak kurang mengalami kejang kaki jika nak dibandingkan dengan kehamilan-kehamilan terdahulu. Yang saya amalkan, ambil 5 tablet Ostematrix Shaklee sebelum tidur.


Pedih Hulu Hati


Jangan biarkan perut kosong, dan jangan juga biarkan perut terlalu penuh. Makan sikit-sikit tapi kerap, dapat mengurangkan rasa pedih hulu hati. Tambahan pula, pada trimester ketiga ni, perut kita dahpun rasa penuh dengan bayi kan? Memang rasa mengah semacam je.. Jadi, elakkan perut masuk angin dan juga makan makanan yang pedas atau berempah, kerana ianya boleh mendorong kepada rasa pedih hulu hati.

Kerap Terjaga Untuk Kencing

 

Ini memang tak tahan. Hehehhe... Namun ianya memang akan berlaku. Bayi yang kian membesar, akan memberi tekanan kepada pundi kencing, dan akan menyebabkan kita melawat tandas dengan lebih kerap. 

Namun, kita boleh cuba kurangkan lawatan ke tandas dengan cara mengurangkan minum pada waktu menjelang petang dan malam. Setiap kali ke bilik air, kosongkan pundi kencing dengan sempurna. Caranya, condongkan badan ke hadapan setelah membuang air. Teran untuk keluarkan setiap titisan terakhir. 




Cubalah ;-)

Nak cuba Ostematrix Shaklee?

Sebotol cuma RM61 (120 tablet)

Bulan ni ada promosi...

Harga promosi tentulah lebih murah kan? 

Nak tau harga berapa, jom tanya saya...

 ❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

You Might Also Like

2 comments